Biasiswa Kerajaan Arab Saudi Untuk Pelajar Malaysia Tahun 2023

Maklumat Asas
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengajak pelajar-pelajar Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa Kerajaan Arab Saudi bagi tahun 2023.

Tawaran biasiswa ini dibuka terhadap pelbagai tahap pengajian iaitu:
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
  • Ijazah Kedoktoran

Pengajian yang dilibatkan dalam tawaran biasiswa ini tidak bertumpukan dalam bidang agama sahaja seperti yang tertera di bawah:

Bidang Pengajian Tawaran Biasiswa
  • Sains Politik
  • Sains Komputer
  • Syariah
  • Undang-Undang
  • Pengkhususan Pendidikan
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Ekonomi
  • Pertanian
  • Pengajian Bahasa
  • Kejuruteraan

Semestinya tawaran ini perlu direbut seboleh dan secepat mungkin kerana Arab Saudi dikatakan salah satu destinasi utama dalam bidang pendidikan kerana:

Kemajuan Kajian & Saintifik
  • Arab Saudi mempunyai banyak universiti yang berada dalam 200 terbaik dunia
Penjagaan Pelajar Yang Cemerlang
  • Tawaran yang diberikan Arab Saudi sangat bermanfaat untuk semua pelajar antarabangsa
Kepelbagaian Latar Belakang & Budaya
  • Dianggarkan pelajar yang menuntut pengajian di Arab Saudi terdiri daripada 170 negara di seluruh dunia
Penyelidikan Yang Maju
  • Pusat penyelidikan di setiap universiti Arab Saudi dikatakan antara yang termaju di dunia

Jenis Tajaan Biasiswa
Biasiswa yang diinisiatifkan ini difahamkan terdiri daripada 3 jenis tajaan iaitu:

Geran Percuma
  • Pelajar mendapat semua faedah dengan pengecualian sepenuhnya daripada sebarang kewajipan kewangan
Biasiswa Separa
  • Pelajar mendapat semua faedah dengan pengecualian daripada beberapa eleman dalam pembayaran yuran kewangan
Kajian Berbayar
  • Pengajian tertakluk dalam yuran kewangan mengikut peraturan universiti dan skop pengajian yang dijalankan

Pilihan Universiti
Menurut maklumat yang dikongsi, terdapat pelbagai pilihan universiti untuk pelajar melanjutkan pengajian mereka di Arab Saudi melalui tawaran biasiswa ini. Berikut adalah senarai utama pilihan universiti:
  1. Universiti Al Baha
  2. Universiti Taif
  3. Universiti Raja Saud
  4. Universiti Raja Khalid
  5. Universiti Al-Jouf
  6. Universiti Puteri Nora Binti Abdul Rahman
  7. Universiti Putera Sattam Bin Abdulaziz
  8. Universiti Imam Abdulrahman bin Faisal
  9. Universiti Al Qussaim
  10. Unviersiti Ummu Al Qura
  11. Universiti Islam Imam Muhammad Bin Saud
*Tawaran tempat pengajian universiti ada banyak lagi. Senarai di atas adalah antara pilihan utama

Cara-cara Memohon
Individu yang berminat boleh memohon di Portal Rasmi yang disediakan oleh pihak penaja biasiswa seperti yang tertera dalam pautan di bawah:

Untuk Memohon - KLIK DI SINI
Portal Rasmi Permohonan Biasiswa
  • Pastikan akaun telah didaftarkan dalam sistem permohonan ini. 
  • Sekiranya belum, klik Apply to Study Now
  • Skrin seperti di bawah akan dipaparkan
  • Pilih Create a New Account untuk mendaftar akaun
  • Paparan seperti di bawah akan ditunjukkan
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan seterusnya klik The Following untuk ke paparan seterusnya sehinggalah selesai.

Makluman Penting
Untuk makluman, Portal Rasmi permohonan tawaran biasiswa menggunakan Bahasa Arab sebagai medium komunikasi utama.

Walaubagaimanapun, pihak Google Translate ada menawarkan terjemahan ke Bahasa Inggeris untuk lebih mudah difahami. 

Selain itu, khidmat dan bantuan dari rakan-rakan ataupun kenalan yang berkemahiran dalam Bahasa Arab juga boleh didapatkan.

Semoga urusan permohonan anda dipermudahkan. Amin.

👉Telegram Rasmi👈

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.