Bantuan Musibah - Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Maklumat Asas

Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengumumkan tawaran bantuan musibah kepada semua warga UKM yang ditimpa apa-apa jenis dugaan seperti bencana alam, kebakaran dan sebagainya.

Tujuan utama inisiatif ini diusahakan adalah untuk meringankan beban mana-mana warga UKM yang mengalami pelbagai jenis kerugian seperti harta benda ataupun kediaman akibat musibah yang telah dihadapi.

Malah, ianya juga akan membantu warga UKM yang terlibat dalam bencana banjir untuk dapat membuat persediaan yang sewajarnya dalam menghadapi bencana alam itu di mana akan dijangka berlaku dalam masa yang terdekat ini.

Syarat-syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan bantuan musibah ini:
  • Permohonan yang dihantar adalah sewaktu tahun semasa kejadian
  • Diri sendiri / ahli keluarga (pelajar) yang ditimpa musibah ataupun bencana alam

Cara-cara Memohon
  • Permohonan dibuat dengan melayari Portal Rasmi Zakat UKM melalui pautan yang tertera di bawah:
  • Log masuk ke dalam Portal tersebut
Portal Rasmi Zakat UKM
  • Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dalam ruangan permohonan yang disediakan.
  • Pastikan dokumen wajib yang diperlukan dimuat naik dan telah disahkan. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:
    • Laporan Polis / Bomba; atau
    • Surat Pengesahan Jawatankuasa Kampung / Ketua Kampung / Penghulu / Pegawai Daerah
    • Gambar Kejadian
    • Penyata Gaji / Penyata Pencen / Pengesahan Pendapatan bagi ibu dan bapa / penjaga / pasangan (yang berkenaan)
*Pasangan yang tidak bekerja anda dikehendaki untuk melampirkan pengesahan tidak bekerja

Maklumat Lanjut:

Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan bantuan ini boleh hubungi talian berikut:

Bantuan Musibah Zakat UKM
  • No. Tel. : 03-8921 4225 (Bangi)
  • No. Tel. : 03-9145 6526 (Kuala Lumpur)

Kaunter Zakat UKM

Kaunter Zakat UKM Bangi
Aras 1, Masjid UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan


Semoga urusan permohonan anda dipermudahkan. Amin.

👉Telegram Rasmi👈

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.