Anda Boleh Claim Sehingga RM400 Jika Barang Dari J&T Rosak Atau Hilang!

Maklumat Asas

Pada era yang digital dan globalisasi ini boleh dikatakan majoriti urusan jual beli barangan adalah melalui proses dan prosedur secara dalam talian (online).

Lantaran itu, secara langsungnya syarikat penghantaran akan terlibat dalam proses yang telah disebutkan oleh kerana peranan mereka yang akan memastikan item ataupun barangan yang telah dibeli oleh pelanggan selamat sampai di lokasi mereka.

Negara Malaysia mempunyai pelbagai syarikat gergasi dalam pelaksanaan servis penghantaran barang dan salah satu syarikat yang amat dikenali adalah J&T Express.

Sememangnya setiap pengurusan itu ada cacat merbanya dan ini termasuklah dalam proses kerja syarikat J&T apabila baru-baru ini heboh di media sosial terdapat segelintir pekerja J&T yang bertindak tidak profesional dalam mengendalikan barang-barang pengguna.

Perkara ini menyebabkan golongan pengguna menjadi mangsa kerana barangan yang telah selesai dibeli dengan pembayaran yang dibuat akhirnya rosak dan tidak boleh digunakan. Kesannya, pengguna mengalami kerugian dari segi kos dan masa setelah lama menunggu barangan yang telah dibeli.

Anda Sebenarnya Boleh Claim Barang Hilang Atau Rosak

Untuk pengetahuan umum, sekiranya barang yang anda beli dan terima melalui syarikat J&T rosak ataupun hilang, anda boleh buat tuntutan yang sewajarnya sehingga RM400 dari pihak J&T.

Berikut adalah maklumat terperinci tentang perkara ini:

Terma, Syarat & Cara Membuat Tuntutan
  • Aduan perlu dilaksanakan dalam tempoh masa 48 jam bermula dari waktu barang diterima (J&T boleh menolak permohonan sekiranya permohonan yang dihantar melebihi 48 jam.
  • Barangan yang rosak hanya boleh dituntut oleh PENGHANTAR (sender) ataupun wakil yang telah diberikan kuasa secara bertulis oleh PENGHANTAR
  • Bagi PENERIMA yang hendak membuat aduan perlu mendapatkan pengesahan bertulis daripada PENGHANTAR untuk memulakan proses tuntutan
  • Borang Tuntutan Ganti Rugi perlu diisi dan sertakan dengan item-item yang berikut:
    • Bukti bayaran melalui penyata bank
    • Resit Penghantaran
    • Salinan Kad Pengenalan
*Rujuk pihak J&T sekiranya dokumen-dokumen yang lain diperlukan dalam proses tuntutan

  • Aduan yang dibuat juga disarankan untuk menyertakan beberapa gambar kerosakan sebagai bahan bukti.
  • J&T akan menilai gambar yang diterima dan membuat penilaian berdasarkan:
    • Keadaan barang yang diterima seperti kotak yang remuk, bubble wrap yang rosak, barangan yang pecah dan sebagainya akibat kecuaian.
Pastikan semua syarat & terma yang dinyatakan seperti di atas dipatuhi dan dipenuhi dengan lengkap agar penilaian oleh pihak J&T mudah diluluskan atas sebab bukti yang kukuh dan benar.

Saluran Aduan / Tuntutan

Aduan atau tuntutan yang hendak dibuat boleh dilakukan melalui saluran di bawah:

Tel. Hotline 24 jam : 1300-80-9000


Setelah membuat aduan, pihak J&T yang berdekatan mungkin akan menghubungi anda untuk meneruskan proses tuntutan di pejabat.

Jumlah Tuntutan Mengikut Syarat

Barang di bawah 2 kilogram (kg) - Maksimum RM100 atau lebih rendah

Barang melebih 2.01 kg - Maksimum RM300 atau lebih rendah

Barang dari luar negara - Maksimum RM400

*Bayaran ganti rugi berdasarkan penilaian, siasatan dan semakan yang dibuat oleh pihak J&T

Contoh Kejadian Tuntut Kerugian

Pembelian gajet telefon pintar (smartphone) beserta kos penghantarannya adalah RM1500. Situasi yang dialami adalah kehilangan salah satu komponen dalam pakej pembelian telefon itu seperti pengecas (charger). 

Setelah aduan dibuat, pihak J&T akan membuat siasatan dan semakan. Hasil penilaian mendapati nilai pengecas adalah sebanyak RM 70. Oleh itu, bayaran ganti rugi yang akan J&T berikan kepada pengguna adalah sebanyak RM 70.

Oleh itu, boleh dilihat bahawa terdapat cara yang akan membantu pengguna untuk mngelakkan mereka dari mengalami kerugian sekiranya barangan yang dibeli rosak ataupun hilang oleh pihak J&T. Justeru, diharap agar semua pengguna peka dan tahu tentang proses tuntutan ini demi memastikan tiada pengguna yang teraniaya.

👉Telegram Rasmi👈

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.