17 Tahun Bersahabat Akhirnya Pasangan OKU Ini Tidak Disangka Menjadi Pasangan Hidup

Setiap makhluk yang bergelar manusia pasti ada jodoh mereka. Menurut pandangan Islam, jodoh adalah antara rahsia kehidupan seseorang manusia itu yang hanya diketahui oleh Tuhan yang Maha Esa.


Pelbagai cerita, peristiwa dan kejadian yang pernah didengari berkenaan dengan jodoh ini dimana kadang-kadang pasangan kehidupan yang telah ditentukan oleh-Nya adalah seorang insan yang tidak disangka-sangka.


Begitulah apa yang terjadi kepada satu pasangan yang kini tengah berbahagia setelah diijabkabulkan baru-baru ini dalam alam mendirikan rumah tangga iaitu Rozihad Yahya dan Md Shahell Md Yusof. Kedua-dua insan ini adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) di mana Rozihad mengalami masalah kurang upaya kognitif manakala suaminya Shahell menghidap masalah kecacatan kognitif yang rendah,

Namun, bukan itu adalah topik utama artikel ini kerana merujuk kepada tajuk yang telah dinyatakan, kisah pasangan pengantini ini amatlah unik dan sinonim dengan kata-kata yang sering diujakan tentang jodoh iaitu 'tidaklah disangka-sangka'.


mStar berkongsi dengan mengatakan Shahell yang bekerja di kedai roti cacat penglihatan sudah 17 tahun berkawan dengan Rohaizad yang merupakan tukang tenun di pusat tersebut. Berkenalan selama 17 tahun hanya sebagai kawan tidak disangka berputik menjadi perasaan cinta apabila Shahell dan Rohaizad berkahwin setelah lama bersahabat.


Kata-kata yang diungkapkan oleh Shahell amatlah indah apabila beliau mengatakan bahawa dirinya adalah lelaki yang paling bahagia setelah Rohaizad menerima lamarannya dengan penuh kegembiraan. Hubungan pasangan ini mendapat restu kedua ibu bapa mereka. 

Malah, di majlis perkahwinan mereka, orang ramai tumpang gembira dengan perjalanan baru hidup Shahell dan Rohaizad dan dalam majlis berkenaan mereka berdua mencuri tumpuan apabila datang ke  majlis dengan menunggang basikal.


👉Telegram Rasmi👈


Sumber: mStar Online