Warga Emas Sambil Merokok Tamatkan Maraton 42 Kilometer Dalam 4 Jam? Wow!
Sumber: DailyMail |
Sukan marathon adalah sukan yang sememangnya lasak dan memerlukan daya ketahanan badan yang kuat. Selain itu juga, atlet ataupun mana-mana individu yang sinonim dengan aktiviti sukan ini amat dikenali sebagai seorang yang kuat dari segi fizikal dan mental serta ketahanan stamina.
Baru-baru ini di negara China tular satu berita yang mengatakan seorang lelaki warga emas telah menghabiskan satu aktiviti maraton di Xin'anjiang yang diadakan hanya dalam tempoh 4 jam sejauh 42 kilometer (km).
Sumber: DailyMail |
Memetik laporan daripada DailyMail, lelaki warga emas tersebut dikenali sebagai Chen dan kini berusia 50 tahun. Perkara yang amat mengujakan semua dalam larian di Xin'anjiang itu adalah lelaki warga emas itu tidak pernah berhenti merokok pun di sepanjang pertandingan dijalankan. Hal ini menyebabkan beliau digelar sebagai 'Smoking Brother'.
Sumber: DailyMail |
Pelbagai rakaman menunjukkan Chen dengan selambanya menyalakan rokok sambil berlari. Beliau secara tepatnya menghabiskan larian maraton yang disertai itu dalam tempoh 3 jam 28 minit dan 45 saat. Rekod itu menjadikan Chen menduduki tempat ke-574 daripada 1,500 peserta.
Sememangnya Chen adalah seorang warga emas yang aktif dan kuat daya ketahanan staminanya.
Sumber: DailyMail