Wanita Selamat Lahirkan Triplets - 2 Baby Girls & 1 Baby Boy Bongsu

Sumber: Tripletsmommy, Nur Hanis Hairani
👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈

Alhamdulillah, Puan Nur Hanis Hairani yang mengandungkan tiga bayi kembarnya telah berjaya melahirkan ketiga-tiga anaknya itu dengan selamat.

Sebelum ini Puan Hanis pernah tular di laman sosial Tik Tok apabila terdapat rakaman yang menunjukkan cara jalannya sama seperti penguin akibat saiz perut yang menjadi terlalu besar. 

Berjalan macam penguin ; Sumber: Tripletsmommy

VIDEO BERJALAN MACAM PENGUIN: KLIK DI SINI

Semasa mereka mengadakan majlis gender reveal pada Julai lalu, ibu bapanya sangat teruja kerana kelahiran bakal cucu perempuan mereka adalah yang pertama dalam keluarga.

Majlis Gender Reveal ; Sumber: Tripletsmommy
VIDEO MAJLIS GENDER REVEAL: KLIK DI SINI

Pada 10 November yang lalu pula, sewaktu Puan Hanis dalam tempoh menunggu untuk bersalin, gambar sarat perutnya sangat mengujakan orang ramai. Dia merasakan sedikit gemuruh untuk melahirkan triplets walaupun sebelum ini sudah pernah melahirkan 2 anak lelaki.

Menunggu tempoh bersalin ; Sumber: Tripletsmommy

Proses kelahiran Puan Hanis disambut oleh seorang petugas kesihatan bernama Dr Nazman di mana beliau melahirkan triplets ini melalui kaedah czer. Menurut beliau, kembar pertama dan kedua adalah perempuan manakala kembar ketiga adalah lelaki.