Tindakan Kejam Teman Lelaki Kerat 35 Anggota Badan Teman Wanita

👉Link Telegram Rasmi👈


Memetik laporan daripada News Nine, seorang lelaki yang berasal dari Delhi, India iaitu Aftab Ameen Poonawalla didakwa telah membunuh teman wanitanya yang bernama Shraddha. Kejadian itu dikatakan terjadi di sebuah flet di Mehrauli.


Menurut laporan yang dikhabarkan, lelaki tersebut bertindak kejam dengan mengerat teman wanitanya itu kepada 35 bahagian dan kemudian membuang semua keratan tersebut di sebuah hutan yang dikatakan berhampiran dengan tempat pembunuhan.


NDTV melaporkan kejadian ini berlaku semasa pergaduhan terjadi antara dua pasangan tersebut. Lelaki berkenaan dikatakan mencekik teman wanitanya itu sehingga mati dan seterusnya mengerat kesemua anggota badan wanita itu. Cebisan-cebisan mayat kemudian diletakkan di dalam peti sejuk yang dibeli selepas kejadian.


Ponnawalla dilaporkan akan keluar setiap jam 2 pagi untuk membuang anggota badan mayat. Kejadian ini terbongkar apabila ayah kepada Shradda membuat laporan kes culik di balai polis Mehrauli setelah tidak dapat menghubungi anak perempuannya.


Sumber yang sama juga menyatakan punca pergaduhan berlaku akibat keenganan Shradda untuk mengahwini Poonawalla. Lelaki tersebut kini berada dalam tahanan polis semenjak Sabtu lalu dan proses mengesan cebisan mayat masih dijalankan.


Sumber: Astro Awani