Tik Tokers Amat Sebak Adik Kesayangannya Jadi Isteri Orang
Sumber: Tik Tok Shafiq Nizam |
👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈
Kasih sayang antara adik beradik sangat unik dan merupakan satu pemberian rahmat oleh-Nya. Walaupun sering bertelingkah antara satu sama lain, keeratan perasaan kasih sayang itu tetap tidak tergugat. Bak kata pepatah, 'air yang dicincang tidak akan putus'.
Begitulah kisahnya dengan seorang Tik Tokers yang terkenal iaitu Shafiq Nizam apabila melihat adik perempuannya sah menjadi isteri seseorang. Reaksi perasaannya yang sebak itu dapat dilihat melalui rakaman dalam sesi akad nikah yang dijalankan.
Sewaktu majlis akad nikah dijalankan Shafiq berada di belakang wali dan jelas mukanya mula bertukar sebak sambil menundukkan wajahnya yang kelihatan tengah menahan emosi.
Shafiq ada menjelaskan bahawa dia sangat menyayangi adik perempuannya itu dan juga turut tumpang gembira dengan hari kebahagiaan itu. Ketika majlis bergambar dilaksanakan, Shafiq keluar dari dewan majlis dan dilihat sudah bercucuran air matanya sambil ditenangkan oleh seorang gadis yang dipercayai adalah teman wanitanya.
Sumber: Tik Tok Shafiq Nizam |
LINK VIDEO : KLIK DI SINI