Tengku Zafrul - Kenapa nilai RM semakin lemah?

👉Link Telegram Rasmi👈


Menteri Kewangan Negara Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerangkan sebab utama yang telah menyebabkan mata wang Dolar (Amerika Syarikat) lebih kukuh berbanding mata wang Ringgit (Malaysia).


Penjelasan daripada beliau adalah disebabkan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang peningkatannya adalah sehinggan empat peratus.


Menurut beliau, kadar yang tinggi ini akan menyebabkan pelabur untuk lebih cenderung melabur di negara yang pulangannya lebih besar berbanding negara yang kadar faedahnya rendah. Selain itu, atas sebab keadaan ekonomi semasa yang terganggu, Malaysia tidak dapat meningkatkan kadar faedah yang mampu menyaingi Amerika Syarikat. 


"Kalau kita melabur di sesebuah negara, kalau pulangannya 4 peratus berbanding 2.75 peratus, wang akan pergi ke negara yang 4 peratus terutama negara itu risikonya lebih kurang kerana mungkin ia negara maju.


"Bila pelabur bawa dana mereka masuk ke Amerika Syarikat, jadi Ringgit akan jadi lemah sebab duit akan keluar dari negara kita dan menyebabkan kekuatan Dolar (Amerika Syarikat) itu", ujar beliau dalam program Agenda Awani pada hari Ahad.


Pada ketika ini negara tidak dapat mengelak akan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) atas tujuan untuk memastikan pasaran Malaysia sentiasa mampu bersaing dalam usaha menarik pelabur. Perkara ini menyebabkan Malaysia meningkatkan 100 mata asas OPR tahun ini untuk menyeimbangi kenaikan agresif kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.


Walaubagaimanapun, Tengu Zafrul menegaskan penyusutan Ringgit berbanding Dolar (Amerika Syarikat) tidak eksklusif kerana banyak juga mata wang dunia yang turut susut berbanding Dolar (Amerika Syarikat).


"Kalau kita bandingkan dengan negara-negara yang berdagang dengan kita, dengan mata wang lain, sebenarnya mata wang kita telah meningkat."


"Yang penting adalah keadaan asas-asas ekonomi kita terus kukuh dan ini yang akan tentukan kekuatan serta kestabilan mata wang kita dalam jangka masa panjang," kata Menteri Kewangan itu.


Sumber: Astro Awani