Jom Guna 'THiJARI', Aplikasi Tabung Haji Yang Sangat Bermanfaat!

👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈

THIJARI adalah sistem aplikasi yang telah dilancarkan secara rasmi oleh pihak Tabung Haji (TH) untuk kemudahan semua pemegang akaun yang sah.

Perkara yang boleh diuruskan melalui aplikasi ini adalah pemeriksaan penyata terkini akaun TH, pemindahan wang dan seterusnya pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan haji.

Cara-cara Daftar THIJARI & Login
  • Kemaskini maklumat nombor akaun TH anda seperti nombor telefon di mana-mana pejabat yang berhampiran bagi memudahkan penghantaran nombor TAC semasa melaksanakan pendaftaran online.
  • Pendaftaran THIJARI ini boleh dilakukan setelah anda selesai mengemaskini maklumat yang diperlukan.
  • Merujuk dengan Pegawai yang berkaitan di pejabat cawangan TH, pelaksanaan proses pendaftaran akan dilaksanakan mengikut langkah dan prosedur yang diberikan.
  • Anda akan diminta untuk mengisi maklumat yang penting oleh Pegawai TH dalam sistem online pendaftaran THIJARI.
  • Selepas itu, pengesahan melalui cap jari akan dilaksanakan.
Selesai membuat pendaftaran dan pengesahan cap jari, 
  • Login ke sistem thijari melalui Portal rasmi iaitu   : https://www.thijari.com.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan TH anda.
  • Nombor telefon bimbit yang telah dikemaskini perlu dimasukkan termasuklah segala butiran peribadi iaitu:
    • Kata nama
    • Kata laluan
    • Nama pengguna
    • Negeri terkini
  • Nombor TAC yang diterima pastikan anda telah menyemak semua maklumat sekali lagi sebelum memasukkan nombor TAC.

Selesai proses pendaftaran anda boleh login sepenuhnya sebagai pengguna (user) THiJARI bagi urusan yang selanjutnya.

Begitulah cara yang boleh diusahakan sekiranya anda ingin menggunakan aplikasi THiJARI.

Kelebihan-kelebihan THiJARI

Urusan Simpanan dan Pengeluaran
  • Butiran Akaun
  • Semakan Ringkasan
  • Rekod Transaksi
  • Semak Baki Tabung Haji
  • Pindahan Simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga)
Urusan Haji
  • Semakan status pendaftaran Haji
  • Slip daftar Haji
  • Surat tawaran dan semakan status tawaran Haji
  • Muat turun jadual penerbangan pergi dan balik
  • Semakan lokasi dan jadual kursus haji bagi mereka yang menyertai program Kursus Asas Haji