Misteri Buaya Seberat 1 Tan di Burundi
Gustave - Sumber Foto: Liputan 6 |
👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈
Tasik Tanganyika, Burundi adalah satu lokasi yang merupakan tempat tinggal bagi seekor buaya gergasi misteri. Buaya tersebut dikenali sebagai Gustave dan maklumat mengatakan profil buaya tersebut amat menyeramkan.
Hal ini kerana dikhabarkan buaya tersebut mempunyai berat dalam anggaran satu tan serta berkepanjangan sehingga paras 6 meter. Laporan mengatakan keberadaan buaya itu pada ketika ini masih menjadi misteri sama ada ia masih hidup ataupun tidak.
Kisah buaya ini dikatakan telah memakan ratusan manusia di kawasan tersebut dan ramai orang sebenarnya yang telah berusaha menangkap ataupun cuba membunuh buaya tersebut. Namun, semuanya menghadapi kegagalan.
Buaya tersebut dikatakan mempunyai parut di bahagian atas kepala akibat terkena peluru tembakan pemburu yang cuba menangkapnya. Satu cerita ada menyebut Gustave ini pernah ditembak sebanyak tiga kali. Walaubagaimanapun, buaya misteri itu tetap dapat melepaskan diri.
Kemisterian buaya ini semakin menyeramkan kerana terdapat khabar yang mengatakan pada tahun 2019 buaya itu telah mati dibunuh. Akan tetapi, bukti-bukti kematiannya sehingga kini tidak masih dijumpa dan perkara ini menyebabkan penduduk setempat takut untuk berada di kawasan tasik itu.
Buaya ini dikatakkan telah mencapai umur 100 tahun.
Sumber: Sinar Harian / Astro Awani