Apps Google Pay, Bayar Secara Online di Mana-mana Kedai Hanya Scan Guna Smartphone Anda! Jom Guna!
👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈
Aplikasi Google Pay adalah satu kaedah yang disarankan oleh syarikat Google atas nama Google Online Payment di mana ianya adalah pembayaran secara digital.
Aplikasi ini berfungsi dengan memudahkan masyarakat membuat pembelian tanpa tunai seperti yang ditawarkan perkhidmatan serasi dengan cip NFC.
Selain itu, Google Pay ini juga memberikan kelebihan untuk membuat pembayaran tanpa sentuh dan tanpa penggunaan kad fizikal seperti MasterCard atau Debit Kad.
Cara Register Google Payment Malaysia
- Pengguna perlu memuat turun aplikasi Google Pay di Google Apps atau Play Store
- Selepas memasang aplikasi Google Pay, pengguna perlu klik pada butang Register
- Masukkan alamat e-mel dan kata laluan akaun Google.
- Pengguna dikehendaki mengisi semua maklumat yang diperlukan.
- Setelah selesai membuat pengisian, pengguna boleh suda mula menggunakan aplikasi ini di mana-mana kedai untuk membuat transaksi bayaran dan sebagainya.
Cara Guna Google Payment Methods
Pengguna boleh memanfaatkan teknologi Google Pay atas kefungsiannya yang selaras dengan teknologi NFC memudahkan pengguna membuat bayaran secara online atau fizikal di kedai-kedai yang menerima cara pembayaran tersebut.
Langkah-langkah cara penggunaan:
- Pengguna pada mulanya perlu link kad bank yang mahu diguna sebagai urusan transaksi.
- Kad yang dipilih itu perlu didaftarkan / link ke aplikasi Google Pay.
- Selesai membuat pendaftaran / link kad, pengguna boleh mula membuat transaksi tanpa tunai.
- Wang akan ditolak daripada akaun bank yang didaftarkan kad.
- Bagi pembayaran digital di kedai yang menerima Google Pay, pengguna hanya perlu membuat sentuhan kad yang didaftarkan ke mesin pembayaran Google Pay.
- Senarai pembelian atau transaksi yang telah dibuat akan tersenarai bagi tujuan memudahkan pengguna menjejaki rekod transaksi mereka melalui aplikasi Google Pay.
Semestinya manfaat Google Pay ini memudahkan semua pengguna untuk membuat urusan harian seperti transaksi pembayaran dan sebagainya. Selamat menggunakan Google Pay!