Pelbagai Manfaat EzBiz SSM Online kepada semua Peniaga Rakyat Malaysia!

👉Link Telegram Rasmi👈

Tahukah anda EzBiz Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Online amat membantu semua rakyat Malaysia yang ingin memulakan perjalanan mereka dalam dunia perniagaan. Hal ini kerana melalui platform EzBiz ini mereka yang ingin mendaftar syarikat akan dapat melakukannya dengan mudah dengan hanya secara online sahaja.

Kewujudan sistem EzBiz SSM Online ini adalah disebabkan oleh dorongan dan kelonjakan naik bilangan rakyat Malaysia yang memasuki dunia perniagaan dan pinjaman perniagaan. Trend yang semakin hangat ini membuatkan agensi kerajaan bertindak pantas menubuhkan satu sistem yang membolehkan semua peniaga mudah melakukan sebarang urusan berkenaan dengan perniagaan mereka.

Perkara ini amat disambut baik oleh rakyat Malaysia kerana menurut kajian yang telah dijalankan, semakin ramai rakyat di negara ini yang telah mendaftar dalam sistem SSM ini secara online.

Sistem yang ditubuhkan oleh SSM ini secara langsungnya memudahkan semua peniaga untuk dapat mendaftar dan memperbaharui perniagaan mereka secara online.

Oleh itu, berikut adalah cara yang boleh dilakukan untuk membuat pendaftaran dalam sistem tersebut.

Cara-cara Proses Pendaftaran dalam Sistem EzBiz SSM Online
  1. Layari laman web rasmi EzBiz SSM Online   : https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Klik di butang Daftar
  3. Dalam ruangan yang disediakan, isi maklumat yang tertera seperti Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan
  4. Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, pendaftaran secara online boleh dilakukan
  5. Langkah seterusnya ialah menghadirkan diri di mana-mana pejabat SSM untuk melakukan pengesahan terhadap pendaftaran online yang telah dilakukan.
  6. Pengisian Borang A akan dilaksanakan mengikut kehendak yang ditetapkan oleh pihak SSM.
  7. Selepas itu, Sijil Syarikat boleh dimuat turun dalam laman web rasmi SSM.

Kelebihan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  1. Pembukaan akaun bank syarikat mudah dilaksanakan.
  2. Permohonan dalam proses pinjaman sama ada pinjaman rumah, peribadi ataupun kereta mudah dilaksanakan.
  3. Syarikat mendapat pengiktirafan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.
  4. Proses cukai pendapatan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mudah dilaksanakan.

Dengan ini, dapat dilihat bahawa dengan sistem EzBiz yang diwujudkan oleh pihak SSM amat memudahkan semua pihak terutamanya rakyat Malaysia yang pendapatan utama mereka adalah perniagaan. 

Sistem ini juga akan membantu pengurusan perniagaan di negara Malaysia menjadi lebih profesional dan teratur atas sistem pentadbiran yang diwujudkan.

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.