Tahukah anda DIEGO FORLAN pernah di kelab Manchester United ?

Diego Forlan adalah penyerang sensasi zaman moden bola sepak yang berasal dari negara Uruguay. Beliau menjadi sensasi dunia bola sepak semasa Kejohanan Piala Dunia 2010 yang diadakan di negara Afrika Selatan. Permainannya yang begitu licik dan efisien di hadapan tiang gol menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak bersama sebanyak 5 gol. Pada waktu itu juga beliau turut memenangi BOLA EMAS kerana telah dinobatkan sebagai PEMAIN TERBAIK KEJOHANAN.


Rata-rata peminat bola sepak semestinya tidak akan menyangka bahawa Diego Forlan ini sebenarnya adalah bekas pemain Manchester United. Hal ini kerana boleh dikatakan bahawa perjalanan kariernya di kelab Cheshire itu tidaklah semanis kejayaan yang diperolehnya semasa bermain di kelab lain.

Serba sedikit mengenai kisah Forlan di Manchester United adalah beliau dibeli oleh jurulatih legenda Sir Alex Ferguson pada Januari 2002 dari kelab Argentina iaitu Independiente. Kemasukan Forlan ke Manchester United sebenarnya adalah secara mengejut kerana dikhabarkan pembelian yang dilaksanakan adalah pada saat-saat terakhir transfer window di mana Manchester United merampas Forlan dari genggaman kelab Middlesbrough dengan menawarkan pakej gaji yang lebih lumayan.


Berikut adalah kisah-kisah penting Forlan semasa di Manchester United:

PENAMPILAN PERTAMA
  • Pada 29 Januari 2002, Forlan memasuki padang dengan menggantikan Ole Gunnar Solskjaer semasa menentang kelab Bolton Wanderers.
  • Pada 6 Mac 2002, Forlan menjadi kesebelasan utama kali pertama semasa menentang kelab Tottenham Hotspur.

GOL PERTAMA
  • Gol pertama yang dijaringkan oleh Diego Forlan adalah semasa menentang kelab Maccabi Haifa di perlawanan UEFA Champions League pada 18 September 2002. Jaringan beliau adalah melalui sepakan penalti pada minit ke 89.
  • Gol pertama beliau dalam Premier League ketika menentang Aston Villa di mana jaringan yang dihasilkannya adalah gol penyamaan pada minit ke 77.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
  • Musim 2002/2003, Forlan menjaringkan gol kemenangan buat Manchester United semasa menentang kelab Southampton pada minit ke 85 di mana jaringan yang dihasilkan adalah satu dipping shot dari jarak jauh. Semasa menyambut gol kemenangan itu, Forlan telah mengoyak jersinya dan semua masih mengingati yang beliau meneruskan permainan pada perlawanan tersebut selama beberap minit dengan tidak memakai jersi. 


  • Pada 1 Disember 2002, Forlan boleh dikatakan telah menjadi fan favourite kerana beliau menjaringkan 2 gol dalam kemenangan menentang musuh utama Manchester United iaitu kelab Liverpool di Anfield.


  • Forlan sebanyak dua kali menjaringkan gol kemenangan menentang kelab yang sama iaitu Chelsea dalam pertandingan Premier League dan League Cup. Di Premier League, jaringan yang dihasilkan oleh Forlan adalah pada minit ke 90.


RINGKASAN KARIER DI MANCHESTER UNITED

Boleh dikatakan perjalan karier Forlan di Manchester United adalah tidak seperti penyerang-penyerang legenda lain kerana penampilan kesebelasan utama serta jumlah jaringan yang Forlan hasilkan di kelab bukan pada tahap yang baik. Atas sebab beberapa perkara, pada 21 Ogos 2004, Forlan telah meninggalkan Red Devils dengan menyertai kelab dari Sepanyol iaitu Villarreal di mana kejayaan manis kariernya bermula pada masa itu.

Jumlah Penampilan   : 98 Perlawanan
Jumlah Gol   : 17 Gol