Tahukah Anda? Bantuan Skim Air Darul Ehsan (SADE) Pemberian Air Percuma

👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈


Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan satu inisiatif yang bertujuan untuk membantu rakyatnya menghadapi peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat.


Bantuan tersebut adalah Skim Air Darul Ehsan (SADE) iaitu satu program pemberian air secara percuma oleh kerajaan negeri kepada penduduk Selangor yang merupakan golongan berpendapatan rendah.


Program bantuan ini adalah melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) iaitu langkah dan cara yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri agar khidmat kebajikan yang diberikan kepada rakyat berkesan dengan baik dan sekaligus meningkatkan taraf kualiti kehidupan penduduk negeri itu.


Seperti yang telah disebutkan tadi, SADE akan memberikan air percuma kepada mereka yang berkelayakan dan maklumat lanjut mengenai program bantuan ini adalah seperti yang berikut.


Maklumat Lanjut

Program ini dilaksanakan pada 1 Mac 2020 dan prosedur bantuannya adalah pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan menerima 20 meter padu air secara terus dan percuma sehingga 31 Disember 2024.

Syarat-syarat permohonan SADE

  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk tetap Negeri Selangor
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM 4000 ke bawah (suami dan isteri termasuk juga bagi pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang)
  • Premis yang didiami adalah meter hak individu
  • Hanya satu permohonan sahaja untu satu akaun / premis.
Tempoh Permohonan:
  • Maklumat yang terdapat dalam laman web rasmi AIRSELANGOR adalah permohonan dibuka sepanjang masa sehingga tahun 2024.

  • Sila rujuk jadual pelaksanaan program bantuan ini bagi tahun 2022-2024 melalui pautan berikut:


Cara-cara Permohonan

Permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui dua cara iaitu:
  • Online di laman web rasmi Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) : KLIK DI SINI
  • Muat turun borang permohonan melalui pautan di bawah:
  • Borang permohonan juga boleh didapati di mana-mana 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd atau Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)
Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui dua kaedah iaitu:
  • e-mel ke alamat : iprair@selangor.com
  • Hantar ke mana-mana kaunter perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Makluman Penting

Permohonan yang berjaya akan mendapat makluman melalui e-mel atau SMS. Pemohon juga boleh membuat semakan melalui pautan di bawah:

Maklumat yang lanjut anda boleh hubungi:

Talian Khidmat Pelanggan Air Selangor - 15300

Semoga urusan permohonan anda dipermudahkan. Amin.

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.