Tahukah Anda? Bantuan Khas Untuk Suri Rumah B40

👉Link Telegram Rasmi👈


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan satu program bantuan yang dikenali sebagai Program i-Suri di mana tujuan utama kewujudannya adalah sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangan golongan suri rumah atas keprihatinan dan kekuatan dalam usaha membangunkan keluarga yang tercinta.

Untuk pengetahuan semua, program ini sememangnya mempunyai kelebihan-kelebihan yang akan memastikan kesejahteraan semua suri rumah terjaga. Justeru, berikut adalah antara faedah yang terdapat dalam program bantuan ini:
  • Sumbangan daripada pihak kerajaan sebanyak RM 480 setahun
  • Caruman mengikut jumlah yang mampu pada bila-bila masa.
  • Pengeluaran boleh dilakukan namun berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan
  • Pemberian dividen secara tahunan oleh pihak KWSP
  • Manfaat Kematian sebanyak RM 2500

Bagi golongan suri rumah yang ingin menerima bantuan ini perlulah membuat permohonan terlebih dahulu. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan pemberian bantuan ini:

Syarat-syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di bawah 60 tahun
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Telah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020
  • Membuat caruman ke dalam akaun KWSP sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun.

Bagi mereka yang layak mendapat bantuan boleh membuat permohonan seperti berikut:

Cara-cara permohonan

Permohonan boleh dilakukan di setiap kaunter cawangan KWSP yang berhampiran. Pastikan Kad Pengenalan (MyKad) anda dibawa sekali semasa hendak membuat permohonan.

Caruman adalah bergantung dengan pilihan yang berikut:
  • Kaunter ejen bank
  • Ejen bank berdaftar
  • Kaunter KWSP
  • Perbankan internet (online)
Golongan suri rumah yang berkelayakan bolehlah mula membuat permohonan sekiranya belum agar bantuan ini serba sedikit dapat meringankan beban tanggungan.

Semoga urusan permohonan anda dipermudahkan. Amin.

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.