Tahukah Anda? Bantuan i-Sejahtera RM 200

👉Link Telegram Rasmi👈


Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan satu inisiatif yang berbentuk program bantuan iaitu Program i-Sejahtera. 


Program ini adalah bertujuan untuk pemberian sumbangan penghargaan dan keprihatinan kerajaan negeri kepada golongan rakyatnya yang tertentu iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah.


Rentetan itu, berikut adalah maklumat yang lanjut tentang program bantuan ini: 


Jenis Bantuan / Bayaran:

Bayaran 1 kali dalam setahun

  • Program Penghargaan Warga Emas - RM 200
  • Program Bantuan Ibu Tunggal - RM 200
  • Program Suri Emas - RM 100
  • Program Bantuan OKU - RM 200

Bayaran 1 kali secara One-Off
  • Program Anak Emas - RM 200
  • Khairat Kematian - RM 1000

Pembayaran ini dilakukan secara berperingkat dan pemohon perlu menyelesaikan pendaftaran dengan mendapatkan pengesahan yang sepatutnya sebelum 30 Jun setiap tahun.

Bagi permohonan yang diluluskan selepas 30 Jun akan menerima bantuan ini pada tahun yang berikutnya.

Cara-cara permohonan
  • Layari laman web rasmi i-Sejahtera   : https://isejahtera.penang.gov.my/index.php
  • Klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status
  • Masukkan nombor IC / Kad Pengenalan
  • Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan
  • Selesai pendaftaran, Log Masuk menggunakan nombor IC dan kata laluan yang ditetapkan
  • Lengkapkan Borang Permohonan dan muat naik dokumen-dokumen sokongan
  • Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU)

Makluman Penting:
  • Pendaftaran hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan tidak perlukan pembaharuan setiap tahun. 
  • Pastikan setiap maklumat yang penting dikemas kini sekiranya terdapat perubahan.
  • Proses pengemaskinian boleh dilakukan dengan mudah melalui laman web rasmi.

Semoga urusan permohonan anda dipermudahkan. Amin.


PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.