3 Perkara Perlu Dilakukan Sekiranya Aircond Kereta Bermasalah, Jom Lakukan!

👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈

Sistem pendingin hawa (AC) kenderaan adalah mekanisme yang sangat penting kepada semua pengguna jalan raya.

Hal ini kerana kefungsian yang dihasilkan oleh sistem AC mampu memberikan keselesaan yang sangat baik kepada pemandu dan juga penumpang ketika dalam perjalanan terutamanya pada cuaca yang panas.

Lantaran itu, apabila sistem AC kenderaan dengan tiba-tibanya mengalami masalah ataupun tidak berfungsi, semestinya ia akan menjadi satu perkara yang sangat merumitkan kepada sesiapa yang menghadapinya.

Oleh itu, sekiranya anda mengalami situasi yang sedemikian, artikel ini akan berkongsi tentang tiga perkara penting yang anda perlu lakukan dan periksa terlebih dahulu untuk menentukan sama ada kenderaan anda perlu dibawa berjumpa dengan mekanik ataupun tidak.

Perkara 1   : Periksa Sekiranya Terdapat Habuk Di Bawah Penutup (Bonet Depan) Kenderaan
  • Komponen yang terletak di bawah bonet depan kenderaan tidak semestinya terlindung daripada pendedahan luar (habuk dsb)
  • Ini menunjukkan bahawa kotoran luar seperti dedaunan, serangga, haiwan-haiwan kecil dan semestinya habuk terperangkap di bahagian bawah bonet tersebut.
  • Untuk tempoh jangka masa yang panjang sudah pasti longgokan kotoran semakin tebal di bahagian bawah bonet kenderaaan.
  • Oleh itu, periksa bawah bonet depan kenderaan anda tidak terlalu kotor dan berhabuk terutamanya di ruangan sistem AC kenderaan.
Permasalahan pada komponen CONDENSER dan Masalah Tersumbat Boleh Menyebabkan Udara Sistem AC Menjadi Suam.
  • Komponen condenser (cooling coil) adalah sebahagian daripada sistem AC kenderaan.
Condenser : Sumber Foto - AutoChimps
  • Komponen ini memainkan peranan penting iaitu menyejukkan cecair Refrigerant dalam sistem AC kenderaan.
  • Pastikan anda memeriksa keadaan komponen ini dengan memastikan kipas penyejuk (cooling fan) berfungsi apabila sistem AC dihidupkan.
  • Komponen radiator juga perlu dipastikan berfungsi dengan baik semasa menghidupkan sistem AC.
  • Condenser dan radiator boleh terganggu kefungsiannya sekiranya timbunan-timbunan kecil seperti daun dan habuk berkumpul di kedudukan kawasan komponen tersebut.
  • Sekiranya kotoran terlalu banyak, ia akan memberikan masalah tersumbat pada condenser (cooling coil) dan radiator dan ini menyebabkan proses pengudaraan serta penyejukan tidak dapat dilakukan oleh dua komponen ini.
  • Lantas, udara yang terhasil akan tidak sejuk apabila memasuki kabin kenderaan.
Radiator : Sumber Foto - CarTreatments



Perkara 2   : Periksa Paras (Level) Cecair Refrigerant Penyejuk Sistem AC
  • Kunci utama sistem AC kenderaan boleh menghasilkan udara yang sejuk adalah kewujudan cecair refrigerant.
  • Cecair ini akan memastikan pemindahan haba berlaku dengan udara di sistem AC dan secara langsungnya menjadikan udara yang hendak dimasukkan ke dalam kenderaan menjadi sejuk.
  • Oleh itu, pastikan paras (level) cecair refrigerant di tangki utamanya sekurang-kurangnya pada paras yang bertulis minimum.
* Anda juga boleh membuat penyelenggaran cecair refrigerant iaitu membuat penggantian mengikut tempoh penggunaan. 
* Rujuk di bengkel servis sistem AC yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat penyelenggaraan cecair refrigerant ini.


Perkara 3   : Periksa Keseluruhan Sistem Sekiranya Ada Berlaku Kebocoran
  • Seperti sistem kenderaan yang lain, sistem AC juga boleh mengalami kebocoran.
  • Oleh itu, kenal pasti komponen sistem AC secara keseluruhannya dan pastikan tiada kebocoran berlaku terutamanya di semua hos sistem AC.
  • Hal ini kerana sekiranya terdapat kebocoran, cecair refrigerant akan berkurangan dan ini sudah pasti menyebabkan sistem AC kenderaan anda akan bermasalah.
  • Kebocoran juga boleh berlaku di komponen condenser atas sebab kerosakan gasket dan seal.
  • Justeru, pemeriksaan terhadap keseluruhan sistem AC pastikan tidak berlaku kebocoran.

Sekiranya tiga perkara ini tidak terjadi apabila anda buat pemeriksaan dan semuanya dalam keadaan yang baik, kenderaan anda perlulah di bawa ke pusat servis / bengkel sistem AC yang berhampiran untuk membuat pemeriksaan yang sepatutnya.