SHOPEE - Tawaran Baucar Diskaun Sehingga RM 400

 


Tahukah anda bahawa Shopee dengan kerjasama pihak kerajaan telah melancarkan satu program yang dikenali sebagai PROGRAM KECEKAPAN PENCAPAIAN KELESTARIAN - (SAVE 3.0)

PROGRAM SAVE 3.0

Program SAVE 3.0 adalah sambungan / kesinambungan daripada program yang pernah diwujudkan sebelum ini iaitu SAVE 1.0 dan SAVE 2.0. Tujuan utama program ini diwujudkan adalah memberi satu galakan yang tinggi kepada semua rakyat untuk menjadi pengguna yang gemar mendapatkan produk jimat tenaga elektrik.

Seiring dengan itu, pihak kerajaan dengan kerjasama syarikat gergasi SHOPEE telah menawarkan baucar diskaun sehingga RM 400 dalam pembelian barangan elektrik yang cekap tenaga.

SYARAT-SYARAT PRODUK

Produk yang boleh didapati dengan menggunakan baucar ini perlulah mendapat pengiktirafan kualiti kecekapan tenaga dengan mempunyai LABEL KECEKAPAN TENAGA 4 ATAU 5 BINTANG DARI SURUHANJAYA TENAGA (ST)

Produk yang boleh didapati terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Kategori 1 - Peti Sejuk / Penghawa Dingin
  • Kategori 2 - Televisyen / Mesin Basuh / Ketuhar Gelombang Mikro / Periuk


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 ini:
  1. Terhad kepada satu akaun sahaja untuk tahun 2022 berdasarkan 'SIAPA CEPAT DIA DAPAT'
  2. Warganegara Malaysia 
  3. Pemegang akaun elektrik tarif domestik yang berdaftar dengan syarikat utiliti iaitu:
    • Tenaga Nasional Berhad (TNB)
    • Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)
    • Sarawak Energy Bhd (SEB)
    • NUR Power
Untuk makluman, bagi pemohon yang pernah mendapatkan SAVE 2.0 adalah tidak layak untuk mendapatkan SAVE 3.0 ini.

CARA-CARA PEMBELIAN

Cara-cara pembelian adalah seperti yang berikut:
  • Menggunakan aplikasi SHOPEE, cari produk yang mempunyai tanda 'SAVE 3.0'.
  • Selepas itu, berbincang dengan pihak penjual untuk meminta bantuan membuat permohonan SAVE 3.0 baucar bagi pihak anda.
  • Setelah penjual selesai, anda akan dapat mengaktifkan potongan diskaun terhadap produk mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Maklumat lanjut berkenaan dengan perkara ini bolehlah dirujuk pada pautan di bawah:

Bagi yang ingin membuat pembelian secara fizikal boleh terus ke kedai elektrik dan pasar raya yang berdaftar dan mempunyai pengurusan SAVE 3.0. Untuk membuat penebusan perlulah membawa IC dan bil elektrik sebagai pengurusan dokumentasi.

Rujuk pautan di bawah untuk senarai kedai elektrik berdaftar:

Semoga urusan anda dipermudahkan.