Senarai Bantuan Untuk Rakyat Dalam Bajet 2023

👉Link Telegram Rasmi👈

Pada 7 Oktober 2022 yang lalu, Menteri Kewangan Negara YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz telah membuat pembentangan Bajet 2023. Semestinya dalam pembentangan tersebut ada melibatkan pelbagai pakej jenis program bantuan yang bertujuan utama untuk membantu rakyat di negara ini. 

Tahun 2022 boleh dikatakan berbagai-bagai jenis bantuan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan dapat meringankan beban kewangan rakyat di mana pada masa yang sama memastikan negara dapat menangani inflasi di samping memulihkan pertumbuhan ekonomi dalam era pasca Covid-19.

Oleh itu, berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang akan difokuskan kepada rakyat melalui Bajet 2023.

Bantuan Keluarga Malaysia
  • Bantuan ini akan diteruskan pada tahun hadapan namun dengan kadar bantuan yang baharu.
  • Menurut maklumat, bantuan one-off yang tertinggi adalah untuk mereka yang isi rumah mempunyai lima orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM 2500 sebulan.

Inisiatif e-Pemula M40
  • Kredit e-Dompet bernilai RM 100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM 100 ribu.
  • Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan 8 juta individu

e-Pemula dinaikkan kepada RM 200
  • Kredit RM 200 secara one-off  ke akaun e-dompet belia yang berumur 18 sehingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa yang berumur 21 tahun ke atas.

Insiatif CahayaMata Keluarga Malaysia
  • RM 500 Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia adalah bantuan secara tunai one-off kepada ibu yang merupakan isi rumah penerima BKM.
  • Golongan ibu yang menerima adalah bagi mereka yang melahirkan anak pada tahun 2023.

Bantuan Awal Persekolahan
  • Pertambahan nilai amaun bantuan dari RM 100 kepada RM 150 bagi semua pelajar tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Inisiatif MySTEP
  • Penawaran 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan GLC melalui inisiatif ini.

Diskaun Bayaran PTPTN
  • Bermula 1 November 2022 - 30 April 2023 diskaun bayaran PTPTN akan diberikan kepada semua peminjam yang masih belum menyelesaikan jumlah bayaran.
    • Diskaun 20 peratus untuk bayaran penuh.
    • 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus baki hutang.
    • 15 peratus untuk bayaran secara potong gaji.

My50
  • Pas bulanan My50 yang akan diberikan kepada pengguna pengangkutan awam.

Bantuan Musim Tengkujuh RM 800
  • Bantuan yang difokuskan kepada pekebun kecil getah sebagai meringankan beban dalam menghadapi musim tengkujuh.

RM 200 Bantuan untuk Pesawah
  • Bantuan kepada pesawah padi sebanyak RM 200 sebulan bagi tempoh tiga bulan ataupun semusim.

Bantuan Khas Kewangan RM 700
  • Penjawat awam yang berada di bawah Gred 56 akan menerima RM 700
  • Pesara kerajaan akan menerima RM 350

Bantuan Aidilfitri Penjawat Awam
  • Bantuan untuk semua penjawat awam yang asalnya sebanyak RM 500 dinaikkan kepada RM 600 pada tahun 2023.
  • Pembayaran akan diproses pada Mac 2023.

Geran PMKS One-Off  RM 1000
  • Geran RM 1000 secara one-off  kepada semua syarikat PMKS berdaftar dan juga pemandu teksi yang berdaftar. 

Melihat kepada senarai bantuan ini, sekiranya kerajaan yang sama akan memerintah negara pada tahun hadapan semestinya semua bantuan yang telah disenaraikan In Shaa Allah akan dijalankan.

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.