Sebab Ditambah Masa Bekerja, Ratusan Pekerja Twitter Letak Jawatan



👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈

Pada Khamis yang lalu dikhabarkan ratusan pekerja laman web media sosial popular iaitu Twitter telah meletakkan jawatan.

Twitter diketahui secara umum di peringkat global di mana Elon Musk memperoleh hak penuh terhadap syarikat media sosial itu setelah membelinya pada harga 44 Billion US Dollar. Setelah memiliki syarikat berkenaan, Elon Musk mengatakan bahawa dia akan memberhentikan 7,500 kakitangan Twitter atas sebab pandangan beliau akan kualiti kerja yang dipamerkan pada tahap yang tidak baik.

Walaubagaimanapun, setelah mengetahui bahawa Elon Musk adalah Ketua Pegawai Eksekutif baru, ramai pekerja Twitter sebenarnya telah meletakkan jawatan terlebih dahulu. Tambahan pula, taikun bisnes terkenal itu juga telah membuat perubahan yang drastik di mana masa bekerja akan ditambah untuk semua kakitangan.

"Selepas 12 tahun, saya telah meninggalkan Twitter," kenyataan dari Satanjeev Benerjee di akaun Twitternya, lapor Agensi Anadolu.

Menurut laporan, pekerja yang telah memutuskan untuk meninggalkan Twitter akan menerima pampasan sekurang-kurangnya tiga bulan gaji.

"Twitter telah pun mula merekrut jurutera luar untuk melihat sama ada mereka mahu menyertai "Twitter 2.0 - sebuah syarikat Elon," laporan daripada The Verge.

Sumber: Bernama, Astro Awani