RM 11 juta - Aset Bersih Anwar Setelah Isytihar Harta
Laman web khas calonkeadilan.org menyatakan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai aset bersih sebanyak RM 11,178,667.80.
Aset tersebut dikatakan adalah item-item yang terdiri daripada wang simpanan dan tunai termasuklah juga pelaburan yang dimiliki.
Presiden Keadilan itu juga diisytiharkan mempunyai aset yang lain seperti kediamannya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Maklumat mengatakan rumah tersebut berada dalam nilai pasaran sebanyak RM 9 juta.
Dokumen pengisytiharan juga menyenaraikan jumlah wang tunai dan simpanan (sekali dengan pelaburan) yang berjumlah RM 828,667.83.
Senarai yang dipaparkan itu juga turut menunjukkan sebidang tanah yang lokasinya terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Tanah tersebut dibeli secara tunai dengan menggunakan wang hasil jualan rumah di Bukit Damansara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di P063, Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti yang akan diadakan pada 19 November 2022.
Sumber: Astro Awani