Reaksi Media Antarabangsa Pelantikan Anwar Sebagai PM10 Malaysia
Sumber: Berita Harian |
👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈
Pada 24 November 2022, semua rakyat di Negara Malaysia akhirnya mengetahui siapakah Perdana Menteri yang ke-10 apabila Yang Di-pertuan Agong (YDPA) telah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pentadbiran negara selepas mesyuarat khas Majlis Raja-raja Melayu diadakan di Istana Negara.
Proses pelantikan ini memakan masa selama lima hari atas sebab kebuntuan politik negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan di mana tiada sebarang parti politik pun yang memperoleh majoriti mudah. Perkara ini telah mendapat liputan luas dalam arena media antarabangsa oleh kerana keadaan yang sebegini tidak pernah berlaku pun dalam sejarah politik negara.
Setelah selesainya akan kebuntuan ini dan plot cerita yang mengatakan Anwar akhirnya menjadi Perdana Menteri selepas tiga dekad perjuangan sebagai pembangkang, berikut adalah reaksi-reaksi yang ditampilkan oleh media antarabangsa:
- 'Anwar Ibrahim named Malaysian PM after post-election crisis'
- 'Anwar Ibrahim: The man who fulfilled his goal to lead Malaysia'
Sumber: BBC News |
- 'Malaysia's Anwar becomes prime minister, ending decades-long wait'
Sumber: Reuters |
- 'Opposition leader no more: Anwar Ibrahim is Malaysia's 10th prime minister'
- 'Snap Insight: Anwar finally becomes Malaysia PM'