Punca Mengapa Kucing Ini Yang Pertama Dianggap Tidak Berjantina
Sumber : Portal |
👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈
Petua orang umum untuk mengetahui jantina seekor kucing itu adalah dengan melihat kepada organ kelamin mereka. Selain itu, warna bulu badan yang ada pada seekor kucing itu juga boleh menentukan jenis jantinanya.
Teori tersebut tidak dapat diaplikasikan pada seekor kucing yang berada di United Kingdom (UK) kerena doktor pusat penempatan haiwan mendapati kucing berkenaan tidak mempunyai sebarang organ seks. Hal ini menjadikan ianya adalah kes pertama yang pernah berlaku.
Kucing itu adalah sejenis Tabby dan ia diberikan nama sebagai Hope. Menurut maklumat yang diperoleh, Hope pada asalnya dianggap sebagai kucing betina sewaktu ia didaftarkan di pusat perlindungan Cats Protection yang terletah di Warrington, England. Walaubagaimanapun, pemerhatian yang dilaksanakan oleh doktor di situ menemui kegagalan apabila hendak mencari organ seks luar Hope.
Berdasarkan pandangan yang diberikan oleh pegawai kanan veterinar Cats Protection iaitu Fiona Brocbank, beliau menyatakan perkara yang dialami Hope itu disebut sebagai agenesis yang memberi maksud akan kegagalan organ untuk berkembang.
Sumber : Portal |
Pusat penempatan haiwan itu melaporkan Hope dalam keadaan yang sihat dan tidak terjejas dalam melakukan aktiviti harian.
"Ini sangat jarang berlaku sehingga tidak ada istilah yang biasa digunakan untuk keadaan ini, tetapi kami simpulkan ia sebagai agenesis organ seksual iaitu kekurangan atau kegagalan perkembangan organ badan," ujar melalui kenyataan yang dikeluarkan.
Syarikat insurans penjagaan haiwan iaitu Petplan telah mengesahkan bahawa Hope tidak perlu mendapatkan perlindungan khas kerana kesihatannya diiktiraf dalam status yang baik.
Sumber: Lobak Merah