PRU15 yang Terakhir Untuk Anwar? Ini Respon Beliau
👉Link Telegram Rasmi👈
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas dengan mengatakan bahawa beliau tetap akan teruskan peranannya dalam dunia politik sebagai pencetus perubahan dan reformasi.
Walaupun waktu yang terakhir sudah tiba masanya, usaha yang selama ini digerakkan akan beliau perjuangkan sehinggalah diteruskan oleh generasi masa depan.
"Soal 'do or die' ini hanya kenyataan-kenyataan gimik politik yang bagi saya tak bermakna.
"Kita ada peranan, kita teruskan, sampai waktunya generasi penerus harus punyai idealisme untuk mempertahankan prinsip (yang telah dimulakan dan digerakkan)," kata Anwar dalam rancangan bual bicara Agenda AWANI.
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah pilihan raya yang kelapan buat Anwar dan beliau akan bertanding di Tambun untuk merampas kerusi yang dipegang oleh Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Sumber: Astro Awani