Program Inkubator Usahawan Belia Tani 2023
👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈
Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah mengumumkan untuk menganjurkan program yang diberikan nama Program Inkubator Usahawan Belia Tani.
Program ini ditujukan khas kepada semua warga belia mengikut syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Berikut adalah maklumat mengenai program ini:
Maklumat Asas
Program ini adalah bentuk latihan pertanian jangka masa panjang secara amali dan praktikal di lapangan yang betul iaitu ladang. Peserta / Pemohon yang berjaya dipilih akan menyertai program ini pada Januari 2023 sehinggalah November 2023 secara sepenuh masa.
Menurut info yang dimaklumkan, lokasi pelaksanaan program ini adalah di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor.
Syarat-syarat Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Belia berusia 18 - 40 tahun
- Graduan Institut Pertanian / IPTA / IPTS / Pesara tentera / Polis dan Orang awam
- Kelahiran di negeri Selangor / Pemastautin tetap di negeri Selangor
- Mempunyai sijil SPM / SPMV atau yang setaraf
- Mempunyai minat yang tinggi dalam projek pertanian
- Nilai kerjasama yang baik dan sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor
- Komited dan fokus terhadap projek yang dijalankan dalam aspek masa, tenaga dan modal dalam menjayakan program ini
- Berusaha menceburi bidang pertanian setelah menamatkan program
Cara-cara Memohon
Individu yang berminat boleh kemukakan permohonan dengan mengisi Google Form di pautan yang disediakan:
Untuk memohon, klik DI SINI
Makluman Penting
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Disember 2022.
Pemohon yang mendapat panggilan temu duga perlu membawa dokumen-dokumen yang berikut:
- Salinan IC / Kad Pengenalan
- Salinan sijil SPM / SPMV atau yang setaraf
- Salinan sijil IPTA / IPTS / Politeknik (jika berkaitan)
- Salinan sijil kursus pertanian dari mana-mana Jabatan / Agensi / Swasta
- Resume
Pemohon yang tidak menerima sebarang panggilan dianggap TIDAK BERJAYA
Kemudahan berikut akan disediakan sepanjang perjalanan program:
- Elaun
- Tempat Penginapan
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi:
- Jabatan Pertanian Negeri Selangor: 03-5518 9888
- Pusat Latihan Pertanian Kalumpang: 03-6049 1744
Semoga urusan permohonan anda dipermudahkan. Amin.
PENAFIAN:
- Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.