Program eKasih - Saluran Bantuan Utama Kerajaan Kepada Yang Memerlukan

👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈

eKasih adalah program yang diwujudkan oleh pihak kerajaan untuk berfungsi sebagai sistem Bank Data Kemiskinan Nasional. Sistem ini mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kemiskinan seperti profil seseorang individu ataupun rakyat secara khasnya sehinggalah jenis-jenis bantuan yang akan diberikan mengikut kategori yang ditetapkan.

Dalam erti kata yang lain, segala perkara yang berkaitan dengan usaha kerajaaan untuk menghulurkan bantuan melalui pelbagai inisiatif adalah tujuan utama kewujudan sistem ini.

Individu yang boleh akses dalam sistem ini akan dapat:
  • Membuat semakan status kemiskinan secara online
  • Menyelaraskan maklumat bantuan
  • Mengemaskini maklumat kemiskinan secara online
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Individu yang telah berdaftar dalam eKasih ini akan mewujudkan maklumat mereka dalam pangkalan data kerajaan dan secara langsungnya, jenis-jenis bantuan kerajaan yang layak diperoleh individu tersebut akan terus terpilih.

Berikut adalah senarai program bantuan yang telah diwujudkan atas nama eKasih:

Program MyKasih
  • Bantuan RM 100 sebulan seama tempoh 3 bulan
  • Individu yang disahkan layak dalam sistem eKasih akan menerima bantuan ini.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
  • Bantuan yang memfokuskan kepada rakyat untuk meringankan beban kos sara hidup dalam kehidupan pasca-COVID-19 sepanjang tahun.
  • Bantuan ini adalah mengikut kategori dari segi pendapatan dan bilangan tanggungan isi rumah
I-Suri (Insentif RM 480 KWSP)
  • Suri rumah yang disahkan pendaftaran dan kelayakannya dalam eKasih akan mendapat bantuan ini.
  • Dengan caruman serendah RM 5 sebulan sepanjang tahun, suri rumah yang berkelayakan boleh mendapat insentif sebanyak RM 480 setahun daripada pihak kerajaan di bawah skim ini.

Bantuan JKM 
Di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat 11 jenis Skim Bantuan yang boleh dimohon oleh mereka yang layak iaitu:
  • Bantuan Kanak Kanak (BKK) - Bulanan RM 150 sehingga RM 1000
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC) - RM 500 sebulan seorang
  • Bantuan Am Negeri - Minimum RM 100 sebulan untuk seorang dan RM 350 maksimum untuk sebuah keluarga
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM 500 sebulan untuk seorang
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) iaitu sebanyak RM 100 sebulan untuk seorang dan maksimum RM 350 untuk sekeluarga
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) iaitu RM 250 sebulan seorang kanak-kanak. Bagi mereka yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih mendapat maksimum RM 500 sebulan.
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) iaitu sebanyak RM 200 sebulan seorang
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP) iaitu maksimum RM 2700 pemberian secara one-off
  • Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)

Syarat-syarat Kelayakan eKasih

Individu yang tergolong dalam berpendapatan di bawah Garisan Kemiskinan (PGK) iaitu RM 1500 untuk penduduk di bandar dan RM 1000 di luar bandar sebulan.

PGK ini akan dikemaskini setiap masa sebanyak dua kali setahun oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA).

Sila rujuk gambar di bawah untuk rujukan yang lebih terperinci berkenaan dengan PGK:


Cara-cara Pendaftaran

Pendaftaran boleh dirujuk di Pejabat Daerah ataupun Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)

Individu yang ingin mendaftar juga boleh menghubungi secara terus melalui nombor telefon yang tersenarai di bawah:
  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P. Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W. Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N. Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-445582
  • PPN Sabah : 088-484800

Permohonan juga boleh dilakukan dengan membuat laporan ataupun pendaftaran kes kemiskinan masing-masing kepada Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Makluman Penting:

Kelulusan penyaluran bantuan serta tempoh bantuan yang diberikan adalah mengikut keputusan agensi dan pemberi bantuan dengan merujuk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Setelah membuat permohonan semakan status boleh dibuat secara online melalui pautan di bawah:

Semakan Status eKasih : KLIK DI SINI

Sebarang maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan PPN Negeri masing-masing ataupun:
  • Ibu Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan Persekutuan : 03-8000-8000
  • Layari laman web rasmi Unit Penyelarasan : KLIK DI SINI

Semoga segala urusan permohonan anda dipermudahkan. Amin.

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.