Langkah Penting yang Perlu Dilakukan Sekiranya Pesara Kerajaan Meninggal Dunia
Pesara kerajaan adalah golongan yang telah berkhidmat sepenuhnya dalam sektor kerajaan dari tarikh mereka mula melapor diri sehinggalah hari akhir perkhidmatan.
Pihak kerajaan semestinya menawarkan satu manfaat ataupun keistimewaan yang akan diperoleh oleh penjawat awam apabila mereka bersara iaitu pemberian bantuan kewangan secara bulanan yang dikenali sebagai pencen.
Umum pasti sudah mengetahui perkara-perkara asas tentang pencen dalam kerajaan tetapi semestinya terdapat beberapa aspek dalam perbincangan pencen ini yang ramai orang tidak ketahui dan perkara tersebut adalah proses dan langkah yang perlu dilaksanakan sekiranyan pesara kerajaan yang tertentu meninggal dunia.
Lantaran itu, berikut adalah proses yang perlu dilakukan oleh waris pesara sekiranya kes (pesara meninggal) berlaku:
- Waris perlu datang ke kaunter perkhidmatan dalam bahagian pencen di pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Maklumkan pihak JPA akan status pesara yang telah meninggal dunia.
- Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan oleh waris semasa menghadirkan diri di pejabat JPA.
Dokumen-dokumen yang perlu dibawa
- Salinan sijil kematian pesara - 1 salinan
- Salinan sijil nikah - 1 salinan
- Salinan sijil cerai / rujuk - 1 salinan (sekiranya ada)
- Salinan kad pengenalan balu atau duda - 1 salinan (sekiranya ada)
- Salinan sijil beranak dan kad pengenalan untuk anak-anak pesara yang berumur 18 tahun dan kebawah - 1 salinan
- Kad pesara
- Salinan borang permohonan pencen terbitan. Muat turun borang tersebut dengan KLIK DI SINI
- Borang-borang tersebut perlu diserahkan sepenuhnya kepada pihak JPA apabila telah membuat makluman terbaru mengenai status pesara
Setelah melaksanakan langkah-langkah yang telah dinyatakan di atas, pihak JPA akan seterusnya membuat pengurusan yang sepatutunya.
Pihak waris bolehlah menunggu perkembangan yang telah diuruskan dengan baik oleh pihak JPA.
PENAFIAN:
- Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.