Permohonan Baik Pulih Rumah - Majlis Daerah Baling 2023

👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈

Maklumat Asas

Majlis Daerah Baling telah mengumumkan pembukaan untuk permohonan baik pulih rumah kepada semua warga penduduk Baling yang menetap dalam liputan kawasan operasi Majlis Daerah Baling (PBT).

Permohonan ini adalah melalui inisiatif Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di mana tujuan utamanya adalah berusaha untuk mengurangkan beban tanggungan golongan keluarga miskin di bandar. Hasilnya, kualiti kehidupan dapat dipertingkatkan di kawasan bandar dan seterusnya menjamin kesejahteraan dalam komuniti yang majmuk.

Kriteria Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pemohon:
  • Warganegara Malaysia
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang menetap di kawasan PBT sahaja
  • KIR yang disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih iaitu antara Kumpulan B40, Miskin Tegar ataupun Miskin.
  • Untuk yang tiada pangkalan data dalam Sistem eKasih, pengesahan dilaksanakan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah kepada KIR yang layak
  • Rumah (kategori daif) yang mengalami kerosakan disebabkan faktor usia atau sebab musibah seperi banjir, ribut dan kebakaran
  • Rumah masih boleh didiami dan relevan untuk dibaiki

Cara-cara Permohonan

Pemohon boleh mendapatkan borang permohoanan di kaunter perkhidmatan pelanggan Majlis Daerah Baling.

Borang permohonan tersebut boleh di muat turun dengan KLIK DI SINI

Penghantaran borang permohonan perlu disertai dengan dokumen-dokumen yang berikut:
  • Salinan IC / Kad Pengenalan KIR
  • Gambar penuh rumah (dari pandangan luar)
  • Gambar / Bukti kerosakan di rumah. (Nyatakan jenis kerosakan)

Makluman Penting

Sebarang maklumat yang lanjut boleh hubungi talian:
  • 04-4701800

Laman Facebook rasmi juga boleh diikuti untuk mengetahu perkembangan semasa mengenai permohonan ini.

Semoga segala urusan permohonan anda dipermudahkan. Amin.


PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.