Penemuan Terbaru Punca Sebenar Kematian Lagenda Bruce Lee
👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈
Fakta yang telah dimuktamadkan tentang kematian Bruce Lee adalah kerana bengkak otak. Perkara ini dipastikan benar oleh doktor yang menjalankan autopsi pada masa itu di mana kesan penyalahgunaan ubat penahan sakit yang diambil oleh aktor lagenda itu.
Semua peminat Bruce Lee mengetahui mendiang telah meninggal dunia pada usia yang begitu muda iaitu 32 tahun di Hong Kong pada 1973.
Walaupun pakar telah membuat pengesahan sebab kematian adalah bengkak otak, spekulasi liar yang tidak terkawal tetap masih dikatakan iaitu kekasih mendiang telah meracunnya dan kemudian dibunuh oleh gangster dari China.
Baru-baru ini sekumpulan pakar dari Clinical Kidney Journey telah mengkaji semula dan memberikan pendedahan baru punca kematian Bruce Lee.
Kajian yang dijalankan mengatakan setelah berbagai-bagai bukti dinilai semula, mereka mendapati hyponatraemia adalah punca utama kematian Bruce Lee, menurut laporan oleh Dailymail.uk.
Hiponatraemi boleh didefinisikan sebagai satu keadaan apabila tahap natrium (sodium) badan terlalu rendah.
"Dalam perkataan lain, kami mencadangkan kegagalan fungsi buah pinggang Lee disebabkan beliau minum air terlalu banyak," tulisan oleh Clinical Kidney Journal.
Akibat terlalu haus disebabkan penggunaan kanabis, Bruce Lee telah berdepan pelbagai risiko hyponatraemia termasuklah meminum banyak air.
Sebelum ini, isteri mendiang yang dikenali sebagai Linda mengatakan Bruce Lee menjalani diet ketat dengan hanya meminum jus lobak merah dan epal sehinggalah kematian menjemputnya.
Sumber: Gempak, Astro Awani