Pembida Misteri Membeli Kereta Ferrari F1 Pada Harga Rekod Lelongan

 


Kereta Formula Satu (F1) Ferrari model F2003-GA kepunyaan legenda sukan itu, Michael Schumacher telah dijual secara lelongan pada harga rekod dunia bagi kereta F1 era moden iaitu sebanyak hampir 15 juta US Dollar (RM 70.38 juta).

Rekod ini telah memecahkan rekod dunia yang pernah dihasilkan pada tahun 2017 dimana kereta F1 yang dijual pada masa itu sebenarnya adalah kereta F1 Model F2001 yang dipandu juga oleh Michael Schumacher pada harga sebanyak 7.5 juta US Dollar (RM 35.19 juta).


Kedua-dua kereta ini dijual oleh syarikat pelelong terkenal dunia iaitu Sotheby's. Pelelongnya mengatakan bahawa jualan terbaru sebanyak 15 juta US Dollar itu sebenarnya telah melebihi jangkaan yang diramal iaitu sebanyak hanya 9.65 juta US Dollar.


Proses pembidaan kereta F1 itu mengambil masa perang bidaan selama lebih 40 minit sehinggalah harga akhir yang ditawarkan oleh pembida telefon tidak dikenali dari benua Eropa menawarkan harga rekod dunia itu.


"Ia adalah salah satu Ferrari dengan kemenangan terbanyak dalam sejarah pembina, jadi ia adalah kereta yang sangat penting dalam sejarah perlumbaan motor", ujar Vincent Luzuy yang merupakan adalah pekerja dari cawangan Sotheby's.


Kereta yang dijual ini sangat penting dalam sejarah dunia perlumbaan F1 kerana ianya telah memberikan kejuaraan keenam dunianya pada tahun 2003. Selain itu, kereta ini juga pada masa yang sama memberikan kejuaraan pembina (Contstructor's Championship) kali ke-13 kepada pasukan F1 Ferrari.


Sumber: Berita Harian