Cara Membeli Rumah Pertama Melalui KWSP
Menurut maklumat yang sahih, pembelian rumah boleh dilaksanakan dengan membuat pengeluaran simpanan KWSP. Tahukah anda berkenaan dengan perkara ini?
Semestinya saban tahun pada ketika ini harga rumah adalah satu pasaran yang boleh dikatakan susah dikawal kenaikan harganya. Lantas, untuk mendapatkan rumah yang baharu boleh dikatakan adalah satu bebanan yang amat tinggi untuk ditanggung.
Hal ini secara langsungnya menyebabkan ramai rakyat di negara tidak berkemampuan untuk membeli kediaman sendiri yang baru. Walaubagaimanapun, boleh dikatakan terdapat beberapa inisiatif yang boleh dipertimbangkan untuk memudahkan pengurusan pembelian rumah baru dan salah satunya adalah melalui pengeluaran simpanan KWSP.
Berdasarkan maklumat yang diterima, KWSP akan membenarkan urusan pembelian rumah baru melalui pengeluaran simpanan dari AKAUN 2 SAHAJA.
Justeru, perancangan yang rapi bolehlah dimulakan dalam hal pembelian rumah baru dengan melibatkan simpanan yang ada dalam akaun 2 KWSP ini.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi semasa hendak membuat pengeluaran:
- Warganegara Malaysia
- Tujuan untuk membeli rumah kediaman
- Baki minimum dalam simpanan ----- RM 500 (Akaun 2)
- Tiada rekod pengeluaran simpanan ATAS SEBAB YANG SAMA
- Permohonan pinjaman yang dibuat telah mendapatkan kelulusan
- Pemohon berumur 55 tahun dan ke bawah
- Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya ataupun melupuskan pemilikan
CARA DAN PROSES PERMOHONAN
KATEGORI
Pengeluaran Individu
Pinjaman Perumahan
- Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah
Pembiayaan Sendiri/Tunai
- Harga rumah + tambahan 10% Atau Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah)
Pinjaman Perumahan
- Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman +10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah)
Pembiayaan Sendiri/Tunai
- Harga rumah + tambahan 10% Atau Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah)
DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN
- Borang KWSP 9C (AHL)
- Surat Perjanjian Jual Beli - Tarikh Perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan
- Buku Bank atau Penyata Akaun Simpanan
Untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal perlulah menggunakan borang
Bagi yang bukan pemegang MyKad perlulah menyertakan Salinan Dokumen Pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan.
Terdapat beberapa dokumen tambahan yang perlu dinyatakan dalam pengurusan Rumah Pertama mengikut situasi permohonan iaitu:
Pinjaman (Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan)
1. Bukti Pembelian
- Surat Perjanjian Jual Beli
2. Bukti Pembiayaan
- Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan ATAU
- Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan dengan Surat Perjanjian Perumahan/Borang Gadaian 16A/'Deed of Assignment'/Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman *sekiranya kelulusan pinjaman melebih setahun
3. Bukti Pindahmilik
- Suratan Hakmilik/Catatan Carian Rasmi atas nama Penjual/Surat Kebenaran Pindahmilik dari Pejabat Tanah (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa) ATAU
- Surat Hakmilik atas nama ahli ATAU
- Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah ATAU
- Sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani beserta resit penyata penserahan oleh Pejabat Tanah
4. Bukti Pertalian
- Sijil Perkahwinan ATAU
- Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
Pinjaman (Suratan Hakmilik Belum Dikeluarkan)
1. Bukti Pembelian
- Surat Perjanjian Jual Beli
2. Bukti Suratan Hakmilik
- Surat Pengesahan Daripada Pemaju Mengenai Butiran Rumah yang Dibeli Atau
- Surat Kebenaran Pindahmilik Dari Pihak Berkuasa Tempatan (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa) ATAU
- Surat 'Deed of Assignment' di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan
3. Bukti Pembiayaan
- Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan ATAU
- Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan dengan Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/Borang Gadaian 16A/'Deed of Assignment'/Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman (sekiranya kelulusan pinjaman melebihi setahun)
4. Bukti Pertalian
- Sijil Perkahwinan ATAU
- Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
Pembiayaan Sendiri (Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan)
1. Bukti Pembelian
- Surat Perjanjian Jual Beli
2. Bukti Pindahmilik
- Suratan Hakmilik atas nama ahli ATAU
- Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama ahli yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah ATAU
- Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani beserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah
3. Bukti Transaksi
- Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jual beli yang mengandungi maklumat butiran harta
4. Bukti Pembayaran
- Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah
5. Bukti Pertalian
- Sijil Perkahwinan ATAU
- Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
Pembiayaan Sendiri (Suratan Hakmilik Belum Dikeluarkan)
1. Bukti Pembelian
- Surat Perjanjian Jual Beli
2. Bukti Pemilikan
- Deed of Assignment
- Di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan
3. Bukti Transaksi
- Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jual beli yang mengandungi maklumat butiran harta
4. Bukti Pembayaran
- Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah
5. Bukti Pertalian
- Sijil Perkahwinan ATAU
- Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
CARA PEMBAYARAN
Bayaran Dalam Negara
- Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda
Bayaran Luar Negara
- Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing
Pemohon perlu hadir ke mana-mana kaunter cawangan pejabat KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari bagi menentukan kesahihan identiti sebagai ahli yang memohon.
Status permohonan boleh disemak melalui:
- i-Akaun (semakan di 'Status Pengeluaran')
- Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP - 03 89226000
- Kaunter KWSP yang berdekatan
Semoga segala urusan anda dalam permohonan ini dipermudahkan. Amin.