Pak Guard Borak Sendiri? Kejadian Yang Amat Menyeramkan Di Hospital!
Sumber: Daily Mail |
👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈
Satu rakaman video CCTV tular apabila satu kejadian aneh berlaku di sebuah hospital iaitu seorang pengawal keselamatan kelihatan tengah melayani pesakit di sebuah kaunter pendaftaran.
Kejadian yang berlaku di negara Argentina ini dimulakan dengan pintu automatik hospital terbuka dengan sendirinya. Pengawal keselamatan tersebut lantas bangun dari kerusinya dan dilihat tengah melayan seakan-akan ada pesakit yang tiba.
Pengawal itu kemudiannya terus membuka tali penghadang bagi tujuan memberi laluan kepada pesakit dan seterusnya menulis sesuatu dia atas kertas yang boleh diibaratkan tengah mendaftarkan nama di borang kemasukan.
Sumber: Daily Mail |
Tambah menyeramkan lagi apabila pengawal itu dalam keadaan berbual sempat menunjukkan arah yang tertentu seperti menerangkan sesuatu tempat kepada pesakit yang sememangnya langsung tiada kelihatan. Pengawal itu juga memberikan kerusi roda sambil berborak-borak dengan rancaknya walaupun bersendirian.
Guillermo Capuya, pengarah perhubungan media hospital mengatakan sebenarnya pintu masuk yang ada dalam rakaman itu bermasalah iaitu dalam tempoh 10 jam ia akan terbuka sebanyak 28 kali.
Sumber: Daily Mail |
Pemerhatian juga menunjukkan tiada sebarang nama pun yang didaftarkan oleh pengawal itu setelah borang yang dipegangnya dilihat oleh pihak hospital.
Guillermo mengatakan penjelasan yang boleh mereka berikan adalah kemungkinan pengawal itu sengaja berkelakuan sedemikian sebagai bahan lawak untuk menjadi viral. Malah, karenah yang ditunjukkannya juga itu dipercayai merupakan upahan dari pihak tertentu untuk berlakon sedemikian.
Diharapkan itulah sebenarnya yang berlaku dan bukan perkara yang menyeramkan.