MetMalaysia : Ribut petir dijangka sehingga hari pengundian

Bermula 13 sehingga 19 November 2022, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) membuat pernyataan bahawa ribut petir dengan hujan yang lebat serta angin kencang akan berlaku di seluruh negara iaitu Semenanjung, Sarawak dan Sabah. 


Pedalaman dan sebelah barat adalah kawasan yang menjadi jangkaan utama berlakunya cuaca-cuaca berkenaan dengan berdasarkan analisis model-model cuaca. Fenomena ini dijangka akan berlaku pada tempoh waktu petang sehinggalah malam.


Pakar meteorologi Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah memberikan kenyataan yang hari Sabtu dan Isnin merupakan titik penting dalam penentuan keadaan cuaca semasa hari pengundian PRU15.


"Luruan angin timuran masih ada, tetapi yang menarik ialah terdapat tekanan rendah di bahagian selatan negara iaitu berhampiran Johor. Ini menunjukkan negara kita mempunyai semua elemen yang meransangkan hujan," ujar beliau dalam program Malaysia Memilih pada hari Sabtu.


Monsun Timur Laut mula melanda negara pada pertengahan November sehinggalah Mac depan sekiranya mengikut ramalan oleh MetMalaysia.


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak menunda PRU15 sekiranya banjir berlaku di mana perbincangan lanjut akan dibuat sekiranya keadaan semasa amat mendesak untuk perubahan


Sumber: Astro Awani