Diskaun Saman 50% Oleh PDRM

Bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menawarkan diskaun saman trafik sehingga 50% untuk kesalahan yang terpilih.

Berikut adalah maklumat terperinci berkenaan dengan tawaran saman diskaun ini:

Tempoh Tawaran

Bayaran diskaun ini hanya terbuka selama 2 hari iaitu bermula pada 8 Disember 2023 sehinggalah 10 Disember 2023 iaitu hari Jumaat hingga Ahad.

Masa Bayaran
  • Jam 9.00 pagi - 4.00 petang (8 Disember 2023 - Jumaat)
  • Jam 9.00 pagi - 6.00 petang (9 & 10 Disember 2023 - Sabtu & Ahad)

Lokasi Pembayaran

Tempat pembayaran bagi diskaun saman ini adalah di Kaunter Semakan dan Pembayaran Saman Trafik di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil:
  • Khemah 2 (Belakang Pentas Utama)

Cara-cara Pembayaran

Pembayaran adalah secara manual iaitu perlu dilakukan di tapak kaunter yang disediakan oleh pihak PDRM di lokasi yang telah ditetapkan.

Saman-saman yang dikecualikan dari diskaun adalah:
  • Saman Kemalangan
  • Kes Mahkamah Berstatus Waran Tangkap
  • Sebarang kesalahan yang tidak boleh dikompaun

Rebutlah peluang yang disediakan ini sekiranya anda ada menerima saman.

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.