MAIWP - Biasiswa Insentif Khas Pelajar Universiti Awam Sesi 2022/2023

 


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mula membuka ruang permohonan bagi pelajar di universiti awam yang ingin mendapatkan biasiswa insentif khas bagi sesi 2022/2023.

Biasiswa ini tertakluk kepada beberapa terma dan syarat. Berikut adalah info lanjut berkenaan dengan biasiswa insentif khas ini.

PENGAJIAN TINGGI YANG MENDAPAT PENAJAAN

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sains Sosial
    1. Perakaunan, Undang-Undang, Perbankan Islam
    2. Teknologi Maklumat, Sains Teknologi
    3. Lain-lain yang berkaitan

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Kejuruteraan
    1. Mekanikal, Seni Bina, Ukur Bahan
    2. Elektrik, Elektronik
    3. Lain-lain yang berkaitan

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sastera
    1. Pengajian Islam - Semua Bidang yang berkaitan
    2. Lain-lain yang berkaitan

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Klinikal & Kesihatan
    1. Optometri, Audiologi
    2. Pergigian, Farmasi, Perubatan
    3. Bioteknologi Perubatan
    4. Lain-lain yang berkaitan

Lain-lain bidang yang mendapat akreditasi penuh oleh pihak profesional pendidikan seperti Malaysia Qualification Agency (MQA), Malaysia Board of Technologist (MBOT) dan sebagainya.


SYARAT UMUM PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Menetap di mana-mana Wilayah Persekutuan / Bermastautin sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Tiada penerimaan sebarang tajaan ataupun biasiswa daripada pihak yang lain
  • Bergantung / Tertakluk mengikut pengiraan Had Kifayah serta syarat biasiswa oleh pihak MAIWP


CARA-CARA PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, borang boleh didapati di semua pejabat cawangan MAIWP:
  • Kaunter Pejabat MAIWP Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Kaunter Pejabat MAIWP Cawangan Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Kaunter Pusat Agihan Zakat (PAZA) ; di semua kaunter yang ada
  • Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Permohonan secara online juga boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan melalui pautan yang terdapat di bawah:


DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Semasa hendak membuat permohonan, pastikan dokumen sokongan yang diperlukan turut disertakan. Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang perlu disertakan sekali:
    1. Dua keping gambar berukuran pasport. (Latar belakang warna putih dan menutup aurat bagi wanita)
    2. Satu salinan kad pengenalan pemohon (Ketua Keluarga) & Pelajar
    3. Satu salinan kad pengenalan suami/ayah/isteri/ibu serta tanggungan/ surat pengangkatan dari JPN/ akuan sumpah penjagaan sekiranya tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk bagi yang telah bekerja / berkahwin)
    4. Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini suami/Ayah dan Isteri/Ibu/pengesahan pendapatan suami/ayah dan isteri/ibu *yang disahkan oleh ketua kampung (Labuan sahaja*)
    5. Satu salinan surat pembuktian / perakuan nikah
    6. Satu salinan surat pembuktian / perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI (BPPK) Terkini*
    7. Satu salinan sijil peperiksaan SPM (WAJIB)/STAM/Salinan Transkrip Penuh/Salinan Sijil Diploma Qiraat yang ianya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, JPA, KPT dan Universiti Al-Azhar
    8. Satu salinan sijil kematian bapa/ibu/suami/isteri*
    9. Satu salinan kad memeluk agama Islam*
    10. Satu salinan kad orang kurang upaya (OKU) pemohon/tanggungan*
    11. Surat pengesahan sakit kronik pelajar/ pemohon/ tanggungan dari hospital kerajaan sahaja*
    12. Satu salinan cukai pintu terkini
    13. Satu salinan surat tawaran belajar pemohon/pelajar ke IPT/Slip Pengesahan Permohonan melalui KPT/Surat Tawaran belajar dari KPT
    14. Satu salinan Pengesahan Pengajian/ Kad Pelajar/ Surat Tawaran bagi tanggungan yang belajar di IPT
    15. Satu salinan buku akaun bank pelajar - (Kecuali Tabung Haji, ASB, Ar-Rajhi & Agro Bank)
    16. Salinan sijil-sijil kurikulum, ko-kurikulum dan dokumen sokongan tang berkaitan*

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan ini akan ditutup pada 11 November 2022 - Jumaat


PERINGATAN

Sebagai peringatan, pastikan segala borang yang diperlukan lengkap semasa dihantar kerana HANYA PERMOHONAN YANG LENGKAP SAHAJA PIHAK MAIWP AKAN TERIMA DAN PROSES


MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan info yang lanjut bolehlah berhubung melalui maklumat di bawah:
  • 03-40477600 sambungan 7410/7411/7412/7413/7632