Lelaki Ditahan Polis Apabila Membuat Ugutan Kepada Agong di IG Story

👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈

Negara Malaysia pada ketika ini berada di fasa pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di mana atas sebab tiada satu parti politik pun yang memperoleh majoriti mudah, pembentukan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri yang ke-10 juga tidak dapat dilaksanakan.

Situasi ini semakin berpanjangan sehinggalah ke hari ini masih tiada lagi kata putus antara semua Ahli Parlimen oleh sebab dokongan dan pilihan masing-masing yang juga tidak mencapai kata majoriti. Oleh sebab itu, Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini terlibat dalam proses menentukan pembentukan kerajaan baru dan Perdana Menteri.

Keterlibatan secara langsung YDPA dalam hal ini mendapat reaksi yang pelbagai dan semestinya dalam dunia media sosial yang semakin canggih, berbagai-bagai pendapat dan respon yang diujarkan oleh netizen. Namun, dalam memberikan pendapat masing-masing, seorang lelaki telah dianggap keterlaluan atas sebab kenyataan yang diluahkannya dalam IG Story.


Luahannya itu sangatlah tidak baik kerana dia mengatakan sebagai seorang rakyat kerabat di raja adalah bukan struktur pentadbiran negara yang diiktiraf olehnya. Tambahan pula, lelaki itu juga telah membuat kata-kata yang boleh diumpamakan sebagai ugutan bunuh terhadap YDPA sambil meletakkan foto baginda.

Keterlanjuran lelaki tersebut dengan serta-mertanya tular di media sosial dan Harian Metro melaporkan lelaki itu kini dalam tahanan anggota polis di Kajang.

Ketua Polis Selangor dikhabarkan akan memberi kenyataan apabila lelaki yang ditahan itu selesai dalam proses reman.

Sumber: Harian Metro, Lobakmerah