Lelaki Di Dalam Keranda 'Hidup' Semula


👉Link Telegram Rasmi👈

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Us di daerah Bogor, Jawa Barat, Indonesia disangkakan sudah meninggal dunia selepas jatuh sakit dan dibawa ke Hospital Jakarta.

Abang kepada Us iaitu Saputra menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku pada hari Jumaat yang lalu di mana status adiknya itu telah diisytiharkan meninggal dunia selepas melakukan sesuatu aktiviti sebelum dihantarkan ke hospital. 

Namun, ketika Us diletakkan di dalam keranda, orang yang berada di situ mendapati Us masih bernafas. Hal ini menyebabkan ahli keluarganya bergegas membawa Us ke Hospital Besar Wilayah (RSUD) Kota Bogor untuk mendapatkan pemeriksaan yang sepatutnya serta rawatan lanjut.

Menurut pengarah utama hospital iaitu Ilham Chaidir, Us sebenarnya hanya mengalami masalah gangguan kesedaran pada hari kejadian.

"Pesakit ini datang dalam keadaan tidak sedarkan diri, kemudian dirawat, tiada masalah dan boleh berpindah ke bilik," kata pengarah utama hospital tersebut pada hari Isnin.

Keluarga Us semuanya terkejut kerana ketika Us masih di keranda semasa di kediamannya, tiada tanda-tanda yang didapati oleh ahli keluarganya yang menunjukkan Us masih hidup.

Sumber: Kompas, Astro Awani ; Sumber Foto: Instagram Bogor Terkini