KJ dan DG Noor Hisham Disaman Sebab Isu Vaksin

👉Link Telegram Rasmi👈


Fail saman terhadap pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibuat oleh sekumpulan rakyat Malaysia atas sebab menjadi mangsa kepada kesan sampingan dalam pengambilan vaksin COVID-19.


Saman tersebut secara langsungnya berfokus kepada individu-individu yang tertentu iaitu Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham dan menteri yang bertanggungjawab dalam pengurusan program vaksinasi negara iaitu Khairy Jamaluddin. Selain itu, saman ini juga dikeluarkan kepada pihak pengeluar vaksin yang berkaitan dan ianya adalah Pfizer, Astrazeneca dan Pharmaniaga.


Sekumpulan rakyat ini terdiri daripada 44 orang dan mereka diwakili oleh firma guaman Shahrin Satheer Kamal & Co. Peguam firma tersebut yang bertugas dalam kes ini ialah Muhammad Shahrin Satheer. Beliau mengatakan saman yang dikeluarkan oleh kumpulan ini adalah dakwaan terhadap KKM yang dikatakan memeberi satu deklarasi tidak sah.


Deklarasi tersebut juga adalah suatu persetujuan yang dipaksa oleh KKM untuk mengelakkan mereka diambil tindakan yang sewajarnya daripada kesan sampingan teruk suntikan vaksin COVID-19.


"Mereka turut menuntut defendan bertanggungjawab atas kesan suntikan vaksin COVID-19 terhadap plaintif telah memberikan kesan sampingan teruk termasuk menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi-komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian," kata peguam tersebut.


Selain itu, ketiadaan bukti yang menunjukkan vaksin pernah diuji secara klinikal sebelum digunakan kepada mangsa juga antara intipati ataupun asas yang terkandung dalam fail saman itu.


"Mereka menuntut agar semua vaksin yang digunakan selepas ini perlu menjalani ujian klinikal dalam keadaan mana laporan klinikal penuh terhadap keberkesanan suntikan COVID-19 mengekang transmisi penyebaran wabak COVID-19 perlu dikeluarkan oleh defendan.


"Plaintif juga menuntut sebuah injunksi interim untuk menghalang defendan daripada memberikan secara meluas vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia yang lain sehingga kajian klinikal dan laporan lengkap disediakan," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian, Astro Awani