Tragedi Pembunuhan Diri Beramai-ramai Sebanyak 909 Orang
👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈
Jim Jones adalah satu nama yang telah mencetuskan kejutan satu dunia atas sebab ideologinya yang begitu menyeramkan dan ekstremis. Beliau adalah seorang ahli gereja yang telah mengasaskan People's Temple.
People's Temple adalah satu kumpulan mazhab baru yang berasal dari Indianapolis pada 1950-an. Jones mempunyai ideanya yang tersendiri dalam aspek keagamaan. Beliau mempunyai satu hasrat iaitu mendirikan satu penempatan utopia yang merupakan adalah syurga bagi dirinya dan juga semua pengikutnya.
Lantas, ideologi itu direalisasikan apabila Jones membawa semua pengikutnya ke suatu penempatan yang di kawasan Guyana pada tahun 1970-an. Penempatan tersebut diberi nama sebagai Jonestown. Tempat tinggal utopia yang dikatakan syurga itu rupa-rupanya hanyalah satu penipuan kerana semua pengikut Jones dijadikan sebagai buruh paksa dan perhubungan dengan dunia luar diputuskan dengan serta-merta.
Perkara ini menyebabkan segelintir pengikut Jones meminta pertolongan dari pihak luar dan akhirnya Ahli Kongres Leo Ryan tiba di Guyana bersama beberapa orang wartawan dan pemerhati pada 17 November 1978. Pemantauan yang dilakukan mendapati terdapat tiada sebarang masalah seperti yang telah disuarakan.
Namun, apabila Leo Ryan hendak pulang ke tempatnya, beberapa warga Jonestown datang kepada Ryan dan merayu untuk diselamatkan dari kekejaman yang sebenarnya mereka alami. Jones mengetahui akan perkara ini dan beliau amat marah dan bertindak menyerang Ryan dan rombongannya. Walaubagaimanapun, ahli kongres itu berjaya menyelamatkan diri sehinggalah ketika mereka hendak berlepas pulang menaiki pesawat, Jones berjaya membunuh mereka dengan membuat serangan hendap di dalam pesawat.
Selepas itu, Jones pada waktu berkenaan sudah semakin ekstrem dan bertindak memanggil semua warga Jonestown untuk membuat satu revolusi iaitu pembunuhan diri secara beramai-ramai. Pada keesokan harinya, pihak berkuasa Guyana tiba di Jonestown dan pemerhatian mendapati terdapat 909 mayat yang bergelimpangan dalam keadaan berpegangan tangan dan berpelukan.
Fakta yang amat menyedihkan adalah 1/3 daripadanya adalah kanak-kanak. Jones ditemukan mati dengan kesan tembakan di kepalanya di atas pentas utama pavilion tempat pengumpulan beramai-ramai.
Sumber: History ; Sumber Foto ; The Guardian