Khairy Jamaluddin - 'Saya mahu pimpin UMNO dan jadi PM satu hari nanti'
Khairy Jamaluddin yang merupakan Calon bagi Parti Barisan Nasional (BN) di Sungai Buloh dengan tegasnya telah menyatakan bahawa beliau sedia menjadi pemimpin utama UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri pada suatu hari nanti.
Walaubagaimanapun, fokus awal yang perlu dicapai objektifnya adalah memastikan kemenangan diperoleh dalam Pilian Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sungai Buloh.
"Saya datang ke Sungai Buloh bukan untuk bunuh diri. Ini bukan misi kamikaze. Saya garap di sini, sebab bagi saya kalau saya menang di sini atau kalau orang Sungai Buloh menangkan saya di P107 ini, saya bawa orang Sungai Buloh, satu hari nanti kita pimpin negara kita... In Shaa Allah.
"Orang Sungai Buloh sokong saya hari ini, In Shaa Allah dengan takdir Allah dan sokongan rakan-rakan, suatu hari nanti saya akan memipin UMNO dan saya akan menjadi Perdana Menteri anda semua untuk kita bangunkan negara ini", kata Khairy Jamaluddin pada Ceramah Kata Janji KJ di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh pada hari Selasa.
Menurut Khairy, kenyataan sedemikian adalah perkara yang beliau sebelum ini tidak pernah rasa berani untuk ditegaskan. Tambahan pula, beliau masih boleh menunggu lagi Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri dahulu kerana usianya yang masih berumur 46 tahun.
"Saya berumur 46 tahun boleh tunggu lagi. Tetapi, jangan lama sangatlah", ujar beliau.
Parlimen Sungai Buloh akan menyaksikan persaingan sengit dalam tujuh penjuru yang melibatkan Khairy (BN), R. Ramanan (PH), Mohd Ghazali Md Hamin (PN), Mohd Akmal Mohd Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof adalah calon bebas.
Sumber: Astro Awani