Kerajaan Warisan di Sabah jatuh oleh sebab tawar-menawar - Shafie Apdal
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah melompat ke parti politik lain pada Pilihan Raya Negeri 2020 (PRN 2020) di negeri Sabah akibat tawar-menawar adalah punca mengapa Kerajaan Parti Warisan jatuh, menurut presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Katanya kepada pemberita selepas memberikan ucapan pada kempen Pilihan Raya Ke-15 di Labuan, "Kenapa ada yang melompat, saya difahamkan ada yang membeli dan ada yang menawar,".
Pada PRN 2020, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi 38 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri manakal 32 kerusi lagi dimenangi oleh Warisan Plus yang merupakan adalah gabungan parti-parti Warisan, Amanah, UPKO, PKR dan DAP. Baki 3 kerusi lagi dimenangi oleh calon Bebas.
Sumber: Astro Awani