Keputusan kes saman RM 100 juta keluarga Altantuya 16 Disember ini

👉Link Telegram Rasmi👈

16 Disember 2022 adalah tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Mahkamah Tinggi bagi keputusan kes saman yang difailkan oleh keluarga Altantuya Shaariibuu sebanyak RM 100 juta berkenaan dengan kematian model Mongolia itu pada tahun 2006.

Sangeet Kaur Deo yang merupakan peguam bagi pihak keluarga tersebut telah dihubungi Bernama dan beliau menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Vazeer Alam Mydin Meera akan menyampaikan keputusan kes itu pada prosiding yang akan dilangsungkan melalui platform Zoom secara dalam talian (online).

"Keputusan itu sepatutnya diputuskan pada 19 Oktober lepas, namun mahkamah menangguhkannya. Tarikh baharu ditetapkan pada 16 Disember ini," kata peguam tersebut. Ahli keluarga Altantuya telah memfailkan tuntutan saman pada 4 Jun 2007.

Berdasarkan maklumat dakwaan itu, atas sebab tragedi kematian yang dialami Altantuya, mereka mengalami trauma mental dan psikologi, lantas melayakkan mereka untuk dibayar pampasan sebagai ganti rugi.

Dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar serta penganalisis politik Abdul Razak Baginda dilantik sebagai defendan bagi pihak kerajaan.

Dalam kes ini dikatakan seramai 26 saksi plaintif termasuklah bapa serta anak sulung Altantuya turut tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes ini. 

Sumber: Bernama, Astro Awani.