Kenali Perdana Menteri Ke-10 Anda - Anwar Ibrahim

👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈


24 November 2022 adalah tarikh di mana Negara Malaysia akhirnya mempunyai Perdana Menteri yang Ke-10 iaitu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Semestinya bagi mereka yang merupakan adalah penyokong Anwar sangat mengenali sudah akan latar belakang dan selok-belok perjalanan kehidupan beliau. Akan tetapi, bagi mereka yang tidak seberapa mengenali dan mengetahui dengan mendalam siapakah Perdana Menteri yang ke-10 ini, jom kenali dengan lebih dekat tentang figura ini.

  • Beliau berusia 75 tahun dan terkenal di seluruh dunia sebagai seorang muslim yang demokrat dan reformis.
  • Dilahirkan di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
  • Anak kepada Datuk Ibrahim Abdul Rahman, ahli politik Perikatan / UMNO. Allahyarham memenangi PRU 1959 di kawasan Seberang Tengah, Pulau Pinang dalam penggal 1958-1964.
  • Ibu beliau adalah Che Yan Abdul Haamid Hussein, seorang pemidato Pergerakan Wanita UMNO.
  • Alam persekolahan beliau bermula di Bukit Mertajam Boys School, Pulau Pinang pada tahun 1954 dalam aliran Bahasa Melayu. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1960 dan adalah Ketua Pengawas MCKK.
  • Beliau aktif di sekolah menengah dalam aktiviti berpidato dan sering menjadi wakil pembahas dalam Persatuan Bahasa Melayu.
  • Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera) pada tahun 1968.
  • Menjalin hubungan perkahwinan bersama doktor mata iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Wan Azizah mengikuti jejak langkah suaminya dalam arena politik dan pernah menjadi Timbalan Perdanan Menteri dari 2018 sehingga 2020.
  • Berkarier politik sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 1982-1987, Naib Presiden UMNO (1987-1990), Timbalan Presiden UMNO (1990-1998), Ketua Umum KEADILAN (2005-2018), Presiden KEADILAN / PKR (2018-sekarang) dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) (2020-sekarang).
  • Menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1982-1983, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983-1984), Menteri Pertanian (1984-1986), Menteri Pendidikan (1987-1990) dan Menteri Kewangan (1990-1998).
  • Menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 sehingga 1998 semasa zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Dunia oleh EuroMoney 1993, Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh Asia The Royal Islamic Strategic Centre, Jordan pada 2017-2022.
  • Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 1971-1982.
  • Pernah ditahan di bawah Akta Kesalamatan Dalam Negeri (ISA) selama tiga tahun iaitu pada 1974-1976 kerana membuat demonstrasi jalanan di Universiti Malaysia mengenai perkara kemiskinan yang berlaku di Baling, Kedah.
  • Penasihat Majlis Belia Kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (1973), Canselor dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1983-1988), Pensyarah Jemputan Georgetown University, Washington DC (2006-2008) dan merupakan Pengasas dan Pengerusi Emeritus Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT).
  • Pemimpin yang amat popular di seluruh dunia dan rapat dengan pemimpin-pemimpin di luar negara seperti Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Sheikh Tamim Hamad al-Thani.
  • Mengarang pelbagai koleksi buku. Antaranya ialah 'Membangun Negara Madani' iaitu buku setebal 187 muka surat. Buku berkenaan menggariskan aspek merangkumi kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat dan keyakinan serta ihsan.

Sumber: Astro Awani