Cara-cara Mohon Baru Kad Pesara Kerajaan yang Hilang. Sangat Mudah!

👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈


Kad Pesara Kerajaan adalah satu kemudahan yang diterima oleh semua penjawat awam yang tamat berkhidmat dan melalui fasa persaraan dalam kehidupan mereka. 


Kerajaan akan memberikan satu kad yang manfaatnya boleh digunakan dengan sebaiknya secara menyeluruh. Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pencen 1980, satu kad khas akan dikeluarkan di bawah Seksyen 23 untuk diberikan kepada penjawat awam yang pencen.


Dalam erti kata yang lain, kad ini boleh dianggap sebagai Kad Pengenalan / IC bagi pesara kerajaan.


Kadang-kadang kejadian yang tidak diingini boleh berlaku dan salah satu kemungkinan yang akan dihadapi apabila berkaitan dengan kad pesara kerajaan adalah masalah kehilangan. Selain itu, kesilapan yang berlaku terhadap perbutiran kad disamping kerosakan yang tidak diingini juga boleh memberikan satu masalah kepada si pemegang kad.


Oleh itu, apakah cara yang boleh dilakukan sekiranya salah satu masalah yang telah disebutkan tadi berlaku? Berikut adalah cara yang boleh dilaksanakan dalam menangani masalah ini.


Cara-cara Memohon Kad Pesara Kerajaan Yang Baru

Mudah sahaja cara yang perlu dilakukan iaitu ianya terbahagi kepada dua cara iaitu:

Permohonan secara Online
  • Pesara perlu memuat turun borang permohonan yang boleh didapati daripada pautan di bawah:
  • Setelah mendapatkan borang tersebut, pemohon boleh mengisi dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan.
  • Borang yang siap diisi dengan lengkap boleh dihantar ke alamat e-mel di bawah:
Permohonan secara Fizikal
  • Pesara boleh datang secara terus ke mana-mana kaunter perkhidmatan Kumpulan Wang Amanah Persaraaan (KWAP) yang berhampiran.
  • Berhubung dengan pegawai yang berkenaan dan bolehlah meminta bantuan mengenai permohonan kad pesara baru.

Maklumat Lanjut:

Sebarang maklumat lanjut yang diperlukan boleh terus berhubung dengan:

KWAP Call Centre   : 03-8887 8777

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.