Istana Negara - Serah Nama Calon PM & Kerajaan Baru Sebelum 2 Petang Ini

👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈


Pihak Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan kepada semua parti politik yang telah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) agar menyerahkan nama Perdana Menteri (PM) beserta Kerajaan Gabungan Baharu pada hari ini sebelum jam 2 petang.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin mengatakan bahawa dokumen yang telah ditunjukkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari Ahad jam 1.15 petang menunjukkan tiada parti politik yang mendapat majoriti mudah iaitu perolehan sebanyak 112 kerusi bagi tujuan membentuk kerajaan baru.


"Sehubungan dengan itu, menjunjung titah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, Istana Negara meminta kerjasama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk memohon kepada ketua parti-parti politik dan ketua gabungan parti-parti politik yang mempunyai jumlah kerusi yang banyka untuk memaklumkan kepada pihak Istana Negara mengenai gabungan parti-parti politik yang telah dipersetujui antara parti-parti politik atau gabungan parti-parti politik berkenaan bagi pembentukan kerajaan baharu pasca PRU-15.


"Ketua parti-parti politik dan ketua gabungan parti-parti politik tersebut akan diminta Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memaklumkan mengenai gabungan parti-parti politik yang telah dipersetujui masing-masing serta mengemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat berikutan gabungan parti-parti politik berkenaan untuk menjadi calon Perdana Menteri Malaysia kepada Istana Negara sebelum jam 2.00 petang, esok (Isnin)", kata Datuk Seri Ahmad Fadhil dalam kenyataannya.


Jangkaan daripada semua rakyat di negara ini ialah adanya sudah satu nama yang akan menjadi Perdana Menteri ke 10 negara untuk dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong.


Sumber: Berita Harian, Lobak Merah