Ibu Ismail Izzani Bidas Komen Netizen - 'Mengata Anak Orang Seronok Kan?'


Beberapa hari yang lalu tular satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki dikatakan mirip seorang penyanyi muda negara tengah berseronok dengan seorang wanita di sebuah pusat hiburan.

Kandungan rakaman video itu amat jelas melihatkan lelaki tersebut menari dengan penuh ghairah sambil melakukan aksi sumbang terhadap wanita yang tengah bersamanya itu.

Video tersebut menjadi viral kerana rata-rata netizen mengaitkan penampilan lelaki tersbut dengan nama Ismail Izzani. Namun, sehingga kini penyanyi itu masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan dan menjadikan perkara ini satu tanda tanya yang masih tidak dapat diselesaikan.


Perkara ini tidak berakhir begitu sahaja apabila persoalan yang masih tidak terungkai ini menyebabkan ibu kepada Ismail iaitu Datin Suliza Salam turut menjadi kecaman para netizen di mana akaun peribadi Instagram penyanyi 80-an itu dipenuhi dengan komen yang mengatakan Datin Suliza tidak menegur dan memantau pergerakan serta aktiviti anak bongsunya itu.

Tanpa lengahan masa yang lama, Datin Suliza membidas semula komen-komen negatif yang dilemparkan oleh netizen kepada keluarga beliau dengan mengatakan 'seronok' bagi mereka melemparkan fitnah yang tidak berasas.

Malahan, Datin Suliza juga menyatakan Allah S.W.T. sahaja yang mampu mengubah seseorang manusia dan bukannya melalaui budi bicara seseorang. Pada masa yang sama juga beliau juga mengucapkan terima kasih kepada netizen yang masih bersangka baik terhadap ahli keluarganya itu.


👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈

Sumber: Kisah Dunia