Hanya Pulang Ke Kampung dan Menjadi Rakyat Biasa Selepas Menjadi Presiden - Jokowi

Sumber Foto: Kosmopolitan

👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈

Presiden Indonesia Joko Widodo ataupun lebih dikenali sebagai Jokowi telah memaklumkan pihak awam bahawa belia akan pulang ke kampung asalnya di Solo dan hanya akan menjadi rakyat biasa pada tahun 2024 iaitu perkhidmatan terakhirnya menjadi presiden.

Merujuk laporan dari CNN Indonesia, Jokowi berhasrat ingin aktif dalam sektor yang terlibat secara langsung dalam pengurusan alam sekitar.

"Saya akan aktif dalam bidang alam sekitar," katanya kepada The Economist.

Fokus utama beliau terhadap aspek tersebut adalah kerana beliau menginginkan untuk menjadi sebahagian daripada Indonesia baru yang lebih hijau. Beliau berharap pimpinan seterusnya dapat meneruskan prinsip kepimpinan dan penerapan minda yang ditanam oleh beliau iaitu cara bekerja yang efisien serta minda yang mantap.

"Kita harap akan ada perubahan minda, ada perubahan cara kerja baharu, supaya negara ini benar-benar mampu melonjak untuk maju ke hadapan," ujar beliau.

Beliau juga mengatakan dengan adanya perubahan sedemikian dan disertakan dengan kekayaan sumber asli, kuasa pasaran yang besar dan pemantapan tenaga kerja manusia, Indonesia semestinya akan bergelar negara maju.

Sumber: Astro Awani