Misteri Gambar Zaman 1940-an Lelaki Memegang Objek Mirip 'Handphone'? Wow!
👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈
Tular di dunia media massa apabila sekeping gambar lama yang dikatakan dari zaman 1940-an menunjukkan seorang lelaki di gambar tersebut seperti tengah memegang sesuatu objek yang mirip dengan telefon bimbit.
Mirror UK mengatakan fakta berkenaan gambar itu ialah diambil pada tahun 1943 di Reykjavik, Iceland semasa zaman peperangan.
Sumber: Mirror UK |
Dalam gambar tersebut apabila penelitian dibuat, jelas terlihat seorang lelaki yang berkot panjang dengan warna yang terang tengah bersandar pada tingkap sebuah kedai sambil memegang 'sesuatu' di telinganya.
Keadaan dan cara lelaki tersebut memegang 'sesuatu' itu seakan-akan tengah meletakkan telefon bimbit ditelinganya. Dalam erti kata yang lain gaya sedemikian boleh diibaratkan sebagai sedang berkomunikasi menggunakan telefon pada masa kini.
Sumber: Mirror UK |
Sekiranya dibandingkan dengan fakta sejarah yang ada, telefon bimbit pertama dicipta pada tahu 1973 iaitu Motorola DynaTAC 800X iaitu berpuluh-puluh tahun selepas gambar ini dilaporkan waktu penangkapannya.
Lantas, majoriti netizen di media sosial berspekulasi dengan mengatakan kemungkinan lelaki itu sebenarnya adalah pengembara masa ataupun 'time traveller'.
Selain itu, terdapat juga netizen yang optimis secara logik menyatakan lelaki tersebut mungkin sebenarnya tengah memeriksa jam tangan dengan mendekatkan jam itu ke telinganya sama ada berbunyi ataupun tidak.
Ada juga yang mengeluarkan teori bahawa lelaki itu sedang menggunakan alatan kecil seperti rokok paip untuk menggaru leher ataupun telingarnya.
Walaubagaimanapun, kesahihan gambar tersebut masih tidak dapat dimuktamadkan.
Jadi, adakah kemungkinannya lelaki itu adalah time traveller?
Sumber: Mirror UK