Filem 'Anwar' - Farid Kamil Sedia Terima Kecaman Bawa Watak Anwar Ibrahim

Sumber Foto: MalaysiaKini

👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈

Filem berjudul Anwar adalah karya baru yang akan dilakonkan oleh pelakon popular negara Farid Kamil. Menurut aktor itu, sebarang risiko yang akan dialami seperti kecaman dan kritikan daripada pelbagai pihak adalah perkara yang dia akan sanggup hadapi.

Sebagai seorang pelakon yang profesional, beliau mengamalkan sikap terbuka dengan apa sahaja pandangan termasuklah kritikan-kritikan yang dilontarkan oleh warganet. Beliau menyedari akan kesan yang boleh terjadi dalam membawa watak figura yang umum kenali sebagai tokoh negara.

Selain itu, setiap perkara yang akan dihadapi ini juga bagi beliau adalah satu cabaran baru yang perlu dihadapi.

"Apabila saya bersetuju membawa watak tokoh politik yang masih aktif seperti Anwar, bermakna saya sudah bersedia terima rintangan dan dugaan yang bakal mendatang.

"Tidak dinafikan apabila saya memilih membawakan watak Anwar, ia menjadi sesuatu yang baharu dan luar jangkaan.

"Bagaimanapun, maklum balas awal yang diterima daripada peminat sangat positif", ujar pelakon tersebut.

Farid juga berkata intipati filem ini akan mendedahkan jawapan terhadap tanda tanya akan sebab Anwar diperlakukan perkara yang terjadi pada tahun 1998 semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Faktor utama juga beliau menerima pembawaan watak Anwar ini adalah sebab dorongan dan restu dari ibunya yang tersayang. Sumber mengatakan filem Anwar masih dalam fasa pembuatan dan plot ceritanya berfokuskan terhadap karier Anwar Ibrahim sebelum dipecat daripada kabinet. 

Farid kini berada di Jakarta untuk menjalani penggambaran filem tersebut yang merupakan terbitan syarikat produksi Indonesi, Bianglala Entertainment.

Sumber Foto: Kosme Digital

Filem Anwar ini menampilkan beberapa pelakon yang ternama seperti Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Sumber: Sinar Harian, Lobak Merah